Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Apa Peluang PARS 4×4 Untuk Menangi Kontrak Tentera Darat?

Digelar secara rasmi sebagai “Wheeled Armoured Combat Vehicle” (WACV) oleh syarikat pengeluarnya, FNSS daripada Turki, kenderaan tempur Pars 4x4 itu direkabentuk untuk melaksanakan operasi-operasi khas seperti pemantauan, anti-kereta kebal dan kawalan serta pemerintahan (command and control)

0 4,440

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selain membekalkan Tentera Darat Malaysia dengan kenderaan tempur PARS 8×8 dipanggil “Gempita”, syarikat Turki, FNSS juga berminat menawarkan kenderaan tempur PARS varian 6×6 dan 4×4 kepada negara ini.

FNSS bukanlah nama asing di Malaysia, kerana selain membekalkan sejumlah 257 buah kenderaan tempur 8×8 dipanggil “Gempita” menerusi kerjasamanya dengan syarikat tempatan, DEFTECH,  anggota tentera darat Malaysia juga menggunakan 211 buah kenderaan perisai ACV 300 “Adnan” keluaran syarikat Turki terbabit.

ACV 300 “Adnan” yang digunakan oleh tentera darat negara ini juga adalah di dalam beberapa varian daripada dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kereta kebal sehinggalah kenderaan pembawa mortar 120mm.

Kini syarikat Turki itu mengintai peluang untuk membekalkan kenderaan tempur “PARS” untuk varian 6×6 dan 4×4.

Memandangkan banyak yang telah ditulis tentang minat FNSS untuk turut serta dalam tender bekalan kenderaan 6×6 kepada Tentera Darat, sekiranya ia diklankan oleh Kementerian Pertahanan tidak lama lagi, maka kita tumpukan pada kenderaan 4×4 keluaran syarikat Turki itu.

FNSS

Kenderaan Pars 4×4 itu didedahkan kepada umum pada 2015.

Digelar secara rasmi sebagai “Wheeled Armoured Combat Vehicle” (WACV) oleh syarikat pengeluarnya, PARS 4×4 itu direkabentuk untuk melaksanakan operasi-operasi khas seperti pemantauan, anti-kereta kebal dan kawalan serta pemerintahan.

Mengenai sistem persenjataan yang boleh dibawanya, PARS 4×4 boleh dilengkapi dengan mesingan berat 12.7mm, automatic grenade launcher (AGL) 40mm dan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal menerusi ARC-T Remote Controlled Anti Tank Turret

Kenderaan PARS 4×4 itu boleh membawa lima orang krew.

Dengan berat sebanyak 25 tan, kenderaan WACV PARS 4×4 dilengkapkan dengan kemampuan untuk melaksanakan tugas-tugas amfibia juga, selain mudah diangkut oleh pesawat-pesawat pengangkut seperti C-130H, A400, C17, C-5 serta helikopter CH-47.

FNSS

Bahan-bahan ballistik digunakan dalam pembinaan kenderaan berenjin diesel PARS 4×4, sekaligus memberikan kenderaan itu perlindungan daripada letupan periuk api dan improvised explosive device (IED).

Cermin ballistik kenderaan juga memberikan penumpang kenderaan ini daripada serangan dan letupan daripada luar.

Dengan enjin diesel itu, kenderaan PARS 4×4 itu boleh mencapai kelajuan 120km sejam dan 8km sejam ketika ia berada di permukaan air menerusi pemasangan dua water jet di bahagian belakang kenderaan itu.

Baru-baru ini, diumumkan bahawa Kementerian Pertahanan akan melaksanakan perolehan Kenderaan Jenis A 4×4 sebanyak 136 unit dan Kenderaaan Jenis B pelbagai unit dengan nilai perolehan sebanyak RM2.049 bilion.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Selain daripada pengumuman ringkas itu, tidak banyak perincian diberikan mengenai perolehan sebanyak 136 buah Kenderaan Jenis A 4×4 dan Kenderaan Jenis B.

Apapun peruntukan sebanyak RM2 bilion disediakan untuk perolehan kedua-dua jenis kenderaan itu yang berkait rapat dengan program penggantian kenderaan perisai Condor dan Sibmas. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...