Anggota Para Lancar “Air Assault Ops” Dalam Eks Lion Strike
Kejayaan anggota 18 RAMD (Para) mencapai misi dalam Air Assault Op membuktikan relevensi penubuhan 10 Bgd (Para) sebagai salah satu ketumbukan berteraskan kelangsungan National Multi-Domain Option selari dengan Army 4nextG.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tiga pegawai dan 119 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) (18 RAMD (Para) telah melaksanakan Air Assault Operation dalam Eksesais LION STRIKE Siri 1/2022 bermula 27 Jun hingga 2 Julai 2022.
Kolaborasi yang digarap bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui Eksesais WIRA HELO Siri 6/2022 telah melibatkan aturgerak 18 RAMD (Para) selaku Air Assault Troops melalui domain udara menggunakan lima buah helikopter EC 725 daripada No 10 Skuadron TUDM ke objektif TEDUNG (Instalasi penting PU Butterworth) melalui kaedah insertion secara fast roping dan hoverjump.
Eksesais ini dilaksanakan dalam lima fasa bermula dengan Staging, Loading, Air Movement, Landing dan Ground Tactical.
Terdahulu, anggota telah menempuh Pre-Deployment Training (PDT) seperti Perancangan Cross Loading, Pelaksanaan Operation In Build-Up Area (OBUA) dan Raid, Training Exercise Without Troop (TEWT), Familiarisation Training dan Prosedur Emplane, Deplane bersama pesawat.
Kejayaan anggota 18 RAMD (Para) mencapai misi dalam Air Assault Op membuktikan relevensi penubuhan 10 Bgd (Para) sebagai salah satu ketumbukan berteraskan kelangsungan National Multi-Domain Option selari dengan Army 4nextG.
Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store:
Pelaksanaan latihan seumpama ini sejajar dengan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Tonggak Pertama, Kelangsungan Misi Dan Kesiagaan dan Tonggak Kedua, Memperkasakan Keutuhan Organisasi.
Gambar dan maklumat oleh BTDM/Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para)
Comments are closed.