(VIDEO) Pakistan Uji Peluru Berpandu Ballistik Anti-Kapal “SMASH”, Berkemampuan Bedil Sasaran 350km
(VIDEO) Dengan jarak bedilan mencecah 350km, peluru berpandu ballistik anti-kapal “SMASH” (dipanggil P282) meningkatkan kemampuan serangan dan pertahanan dimiliki oleh Tentera Laut Pakistan terutamanya dalam Anti-Area Access Denial.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Pakistan telah melaksanakan ujian pelancaran peluru berpandu ballistik anti-kapal (Anti-Ship Ballistic Missile ASBM) terbaru miliknya, menurut kenyataan dikeluarkan olehnya pada 5 Nov lalu menerusi media sosial.
Menurut kenyataan itu, peluru berpandu ballistik anti-kapal itu mempunyai jarak sasaran sejauh 350km dan berupaya membedil sasaran di daratan dan lautan.
Laporan menyatakan bahawa peluru berpandu ballistik anti-kapal Pakistan itu dibina oleh pakar-pakar persenjataan negara itu.
Tidak banyak maklumat tentang peluru berpandu ballistik anti-kapal milik Pakistan itu, tetapi kenyataan yang dikeluarkan menyatakan bahawa peluru berpandu itu “dilengkapi dengan sistem navigasi moden dan ciri-ciri manuver yang tinggi.
Dalam video yang menunjukkan pelancaran peluru berpandu itu, ia menunjukkan peluru berpandu terbabit dilancarkan daripada salah sebuah kapal friget kelas-Zulfiquar (F-22P).
Pemain Video
00:00
00:00
Comments are closed.