Pakistan Harap JF-17 PFX Mampu Lonjak Lagi Industri Pertahanannya, Tangani Ancaman India
Pesawat pejuang generasi baru, JF-17 PFX itu akan memastikan Tentera Udara Pakistan memiliki pesawat pejuang yang bukan sahaja mampu bersaing tetapi berpotensi mengatasi kemampuan pesawat-pesawat pejuang yang dimiliki oleh negara lain di rantau itu, seperti Tejas Mk11, Rafale dan Su-30MKI milik jiran terdekat dan musuh tradisinya, India.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pakistan berharap varian pesawat pejuang JF-17 PFX (Pakistan Experimental Complex) yang dinaiktaraf akan memastikan ia berkemampuan untuk menangani cabaran dan ancaman daripada pesawat-pesawat pejuang “musuh tradisiny”, iaitu India disamping melonjakkan lagi industri pertahanannya dan mengelak ia terus bergantung kepada negara asing.
Model pesawat pejuang generasi 4.5 itu yang menggambarkan kekuatan udara Pakistan pada masa depan itu dipamerkan semasa Pameran dan Seminar Pertahanan Antarabangsa (IDEAS) 2024 di Karachi, yang berakhir pada 22 November tahun lalu.
Pesawat pejuang generasi baru, JF-17 PFX itu akan memastikan Tentera Udara Pakistan memiliki pesawat pejuang yang bukan sahaja mampu bersaing tetapi berpotensi mengatasi kemampuan pesawat-pesawat pejuang yang dimiliki oleh negara lain di rantau itu, seperti Tejas Mk11, Rafale dan Su-30MKI milik jiran terdekat dan musuh tradisinya, India.
Pesawat pejuang generasi baru Pakistan itu, JF-17 PFX itu akan memastikan Pakistan menangani India di dalam aspek kekuasaan udara di rantau.
Program pembangunan pesawat pejuang experimental JF-17 PFX itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan dilakukan oleh Pakistan untuk memodenkan tentera udaranya bagi mengurangkan kebergantungannya terhadap negara asing dan memastikan industri pertahanannya lebih berdikari.
Pegawai Tentera Udara Pakistan berkata bahawa pembangunan pesawat JF-17 PFX itu dijangka selesai sebelum penghujung dekad ini.
Pegawai kanan kerajaan Pakistan memberitahu bahawa JF-17 PFX akan dilengkapi dengan peluru berpandu udara ke udara (AAM) jarak jauh yang lebih canggih berbanding versi terdahulu varian terkini pesawat pejuang JF-17 “Thunder”.
Selain itu Pakistan juga merancang untuk menghasilkan sistem radar pesawat ini secara tempatan.
Antara AAM jarak jauh yang dijangka diperoleh Pakistan untuk JF-17 PFX termasuk varian terkini peluru berpandu PL-17 buatan China yang berkemampuan membedil sasaran sejauh 400km.
Peluru berpandu udara-ke-udara PL-17 adalah varian naik taraf daripada PL-15.
Sejak beberapa tahun lepas, China telah membangunkan peluru berpandu udara-ke-udara BVR PL-17 (yang juga dikenali sebagai PL-XX atau “Project 180”), dengan jarak bedilan adalah di antara 300 km hingga 400 km.
Peluru berpandu udara-ke-udara BVR PL-17 adalah suatu naik taraf berbanding PL-15 dan ia adalah suatu berita buruk kepada India kerana China telah mula mengadakan ujian untuk mengintegrasi peluru berpandu PL-17 itu dengan pesawat-pesawat pejuang J-10C miliknya.
Jika Pakistan mahu memiliki PL-17, ia berkemungkinan perlu menaiktaraf radar AESA pesawat pejuang J-10C miliknya kerana untuk melengkapkan pesawat pejuang miliknya dengan PL-17 ia memerlukan radar yang jauh lebih berkuasa berbanding radar AESA dimillikinya ketika ini.

Peluru berpandu PL-17 direka khusus untuk memberikan pesawat pejuang generasi kelima seperti J-20 “Mighty Dragon” keupayaan “first look, first shot, first kill” terhadap pesawat musuh yang beroperasi di luar julat visual (BVR).
Dengan julat tembakan dianggarkan antara 300 ke 400 kilometer, peluru berpandu PL-17 berpotensi menggandakan jarak capaian peluru berpandu setaraf Barat seperti AIM-120D AMRAAM atau MBDA Meteor.
Pada ketika ini, jarak bedilan peluru berpandu udara-ke-udara AMRAAM dan Meteor adalah dalam lingkungan 200 km.
Pada ketika ini, peluru berpandu udara-ke-udara PL-17 itu sudah pun digunakan secara terhad oleh pesawat pejuang generasi kelima China, J-20 “Mighty Dragon” dan mungkin tidak lama lagi akan turut digunakan oleh pesawat pejuang J-10C Tentera Udara China.
Peluru berpandu udara-ke-udara BVR PL-17 keluaran China ini dilengkapi dengan sistem panduan Inertial Navigation System (INS), GPS/Beidou, dan sistem pemanduan terminal aktif radar AESA serta pemancar data-link untuk panduan pertengahan dari platform pelancar.
PAF menyatakan bahawa pesawat Blok III menawarkan keupayaan yang lebih baik berbanding versi Blok II.
Baru-baru ini, Defence Security Asia melaporkan bahawa produksi pesawat pejuang JF-17 Block III oleh Pakistan telah pun melebihi 20 buah dan semakin menghampiri 30 unit pesawat pejuang JF-17 Block III yang dipesan oleh Pakistan untuk tentera udaranya.
Pesawat pejuang JF-17 Block III adalah varian terkini pesawat pejuang JF-17, dimana varian terkini itu telah melakukan penerbangan sulungnya pada 2019 dan memasuki produksi bersiri (serial production) pada 2022.


Peningkatan paling utama varian terkini JF-17 Block III itu adalah ia kini dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) KLJ-7A , Helmet Mounted Display and Sight (HMD/S) dan sistem bersepadu Electronic Countermeasures (ECM).
Bagi sistem persenjataannya, varian terkini JF-17 Block III berkemampuan melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh PL-15E, yang didakwa boleh membedil sasaran lebih daripada 200km.
Selain itu, ia juga berkemampuan melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara PL-10E High-Off Boresight yang boleh dipandu hanya menggunakan Helmet Mounted Display and Sight (HMD/S) semasa pertempuran udara Within Visual Range.
Terdapat juga laporan menyatakan bahawa varian terkini pesawat pejuang JF-17 Block III itu kini berkeupayaan melancarkan peluru berpandu kruis lancaran udara (ALCM – Air Launched Cruise Missile) “Taimur” yang boleh digunakan terhadap sasaran statik dan bergerak termasuk kapal-kapal perang dengan jarak bedilan sejauh 280km.
Varian terkini pesawat pejuang JF-17 Block III dilaporkan mempunyai persamaan dengan pesawat pejuang buatan China, JF-10C yang turut digunakan oleh Tentera Udara Pakistan.
Pesawat pejuang JF-17 Block III juga dilaporkan memiliki DNA pesawat pejuang generasi kelima China, J-20 “Mighty Dragon”.
Program JF-17 PFX (Pakistan Fighter Experimental) bukan sekadar peningkatan teknikal kepada pesawat tempur Pakistan, tetapi juga merupakan satu pernyataan strategik yang bakal membawa kesan besar terhadap landskap geopolitik di Asia Selatan dan rantau lebih luas.

Sebagai langkah ke arah penghasilan jet tempur generasi baharu secara domestik, program ini memperkukuh usaha Pakistan untuk mencapai kemandirian ketenteraan dan mengurangkan kebergantungan kepada China serta pembekal asing lain, satu langkah yang dapat mengubah keseimbangan kuasa ketenteraan di rantau itu.
Dengan peningkatan kemampuan pesawat JF-17 melalui versi PFX — termasuk integrasi radar AESA, avionik digital, sistem peperangan elektronik canggih dan kapasiti peluru berpandu jarak jauh — Pakistan berupaya mengimbangi tekanan strategik dari India, yang kini memperkukuh angkatan udaranya dengan pesawat Rafale buatan Perancis dan peluru berpandu BrahMos yang sangat maju.
Perkembangan ini juga menandakan pergeseran kuasa industri pertahanan dari monopoli negara besar seperti Amerika Syarikat, Rusia, dan China ke arah negara membangun seperti Pakistan yang mula menunjukkan kemampuan reka bentuk, pembangunan dan produksi jet tempur secara berdikari.
Program JF-17 PFX turut menghantar isyarat jelas kepada rakan strategik dan pesaing bahawa Pakistan bersedia menaik taraf doktrin ketenteraannya, termasuk kemampuan serangan jarak jauh, peperangan elektronik, dan kemungkinan peranan sebagai platform nuklear dalam doktrin “second-strike”.
Dari sudut hubungan serantau, peningkatan ini berpotensi memperkuat pakatan pertahanan Pakistan dengan negara-negara Islam dan Asia Tengah, termasuk kemungkinan eksport masa depan kepada negara-negara seperti Myanmar, Azerbaijan, Iraq atau bahkan Mesir, yang melihat kepada alternatif lebih murah kepada pesawat Barat.

Pada masa sama, kemajuan PFX boleh mencetuskan perlumbaan senjata udara serantau, khususnya jika India bertindak balas dengan meningkatkan bilangan Rafale atau mempercepatkan pembangunan pesawat tempur generasi kelima HAL AMCA.
Kehadiran pesawat PFX dalam konfigurasi canggih juga membuka ruang kepada penyusunan semula strategi operasi udara, termasuk keupayaan operasi dari pangkalan jauh, operasi siluman, dan integrasi dengan rangkaian peperangan moden berasaskan kecerdasan buatan.
Secara keseluruhan, JF-17 PFX bukan sekadar projek naik taraf pesawat, tetapi merupakan catalyst perubahan geopolitik yang boleh mempengaruhi keputusan ketenteraan, dasar luar dan kesetaraan kuasa di antara Pakistan dan jirannya, sambil meningkatkan daya tarikan Pakistan sebagai pemain utama dalam pasaran pertahanan global baharu yang semakin pelbagai.
— DEFENCE SECURITY ASIA