Arab Saudi Kerjasama Dengan China Bina Loji Janakuasa Nuklear, Amerika Berang
Agensi kerajaan, China National Nuclear Corp (CNNC) telah mengemukakan tawaran untuk membina sebuah loji janakuasa nuklear di wilayah timur Arab Saudi berhampiran dengan sempadan negara itu dengan Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), menurut pegawai-pegawai Riyadh.

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Arab Saudi dilapor akan mempertimbangkan tawaran oleh China untuk membina loji janakuasa nuklear di negara Timur Tengah itu, dalam satu lagi bukti menunjukkan hubungan diplomatik yang semakin akrab di antara Riyadh dan Beijing.
Dalam masa yang sama, ia juga membuktikan hubungan yang semakin renggang di antara Arab Saudi dengan sekutunya “lama”, Amerika Syarikat.
Agensi kerajaan, China National Nuclear Corp (CNNC) telah mengemukakan tawaran untuk membina sebuah loji janakuasa nuklear di wilayah timur Arab Saudi berhampiran dengan sempadan negara itu dengan Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), menurut pegawai-pegawai Riyadh.

Kementerian Luar China tidak mengesahkan laporan oleh media, Wall Street Journal (WSJ) mengenai tawaran pembinaan loji janakuasa nuklear oleh agensinya tetapi jurucakapnya berkata, Beijing akan terus menjalin kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak meliputi pelbagai bidang termasuk tenaga nuklear.
Ia bagaimanapun berkata akan tetap mematuhi peraturan antarabangsa yang mengawal industri tenaga nuklear itu.
Arab Saudi sebelum ini dilaporkan cuba bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam usahanya untuk melaksanakan program nuklear untuk awam dalam salah satu syarat memintanya supaya mewujudkan hubungan diplomatik dengan Israel.
Israel membantah cadangan Arab Saudi untuk mewujudkan program nuklear untuk awam sebagai salah satu syarat untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.
Pegawai-pegawai Amerika Syarikat dilapor pernah berkata bahawa ia akan hanya berkongsi teknologi tenaga nuklear jika perjanjian dimeterai bagi mengelak usaha pengkayaan (enrichment) Uranium atau memproses plutonium di reactor – dua usaha untuk membangunkan senjata nuklear.

Menurut media berpengaruh itu, Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman bersedia untuk bekerjasama dengan agensi China itu sekiranya rundingan dengan pihak Amerika Syarikat itu menemui jalan buntu.
Arab Saudi bercadang membina 16 buah loji janakuasa nuklear di negara itu untuk tempoh 25 tahun pada kos US$80 bilion dalam usahanya untuk mengurangkan kebergantungannya kepada minyak dan gas, walaupun rizab minyak dan gas oleh negara Arab Saudi itu adalah kedua terbesar di dunia.
Comments are closed.