Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Peluru Berpandu NSM Lengkapi Kapal Perang Type 23, Type 45 British

Menurut pihak berkuasa Britain, peluru berpandu NSM itu akan melengkapkan kapal friget Type 23 dan kapal destroyer Type 45 milik Tentera Laut British, dengan kerjasama daripada kerajaan Norway.

0 1,451

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bukan sahaja Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memilih peluru berpandu anti-kapal Naval Strike Missile (NSM) untuk kapal-kapal perang Littoral Combat Ship (LCS) kelas-Maharaja Lela, tetapi peluru berpandu anti-kapal itu juga kini menjadi pilihan Tentera Laut British.

Peluru berpandu NSM itu dibangunkan oleh firma pertahanan Norway, Kongsberg.

“Firma Kongsberg amat berbesar hati untuk menyambut Tentera Laut British sebagai pengguna terbaru peluru berpandu NSM. Ia akan memperkukuhkan lagi hubungan ketenteraan di antara kedua-dua negara,” kata syarikat daripada Norway itu.

Menurut pihak berkuasa Britain, peluru berpandu NSM itu akan melengkapkan kapal friget Type 23 dan kapal destroyer Type 45 milik Tentera Laut British itu dengan kerjasama daripada kerajaan Norway.

Melengkapkan kapal-kapal perang British itu dengan peluru berpandu anti-kapal NSM akan mengeratkan lagi hubungan diplomatik di antara Britain dengan Norway.

NSM
Peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM)

 

Peluru berpandu anti-kapal Kongsberg itu akan menggantikan peluru berpandu anti-kapal Harpoon digunakan oleh kapal-kapal perang Type 23 dan Type 45 Tentera Laut Brisih.

Pihak British merancang untuk menamatkan khidmat peluru berpandu anti-kapal Harpoon pada tahun depan.

Pemasangan peluru-pelutu berpandu NSM itu dijangka akan hanya mengambil masa selama 12 bulan.

Peluru berpandu anti-kapal NSM ini memiliki berat keseluruhan lebih 400kg dengan kelajuan subsonic yang tinggi iaitu diantara 0.7-0.9 Mach dan jarak operasi lebih daripada 185km.

Ia bukan sahaja boleh membedil kapal-kapal perang musuh di lautan tetapi dengan “Autonomous Target Recognition” (ATR), peluru berpandu NSM ini juga boleh memusnahkan sasaran di daratan dengan tepat.

NSM

NSM ini adalah peluru berpandu yang pasif, sea-skimming dengan kemampuan maneuver yang tinggi bagi membantunya menewaskan sistem-sistem pertahanan udara musuh.

TLDM bolehlah dikatakan adalah “launch customer” bagi sistem peluru berpandu NSM di Asia Tenggara dan sekitarnya apabila ia memilih peluru berpandu anti-kapal itu pada 2015 untuk kapal-kapal Littoral Combat Ship (LCS) yang sedang dibinanya pada ketika itu.

Kehadiran peluru berpandu anti-kapal “NSM” menerusi TLDM itu telah sedikit-sebanyak membuka ruang kepada firma Kongsberg untuk memberikan saingan kepada peluru berpandu “Harpoon” dan “Exocet” yang sebelum ini menguasai pasaran peluru berpandu anti-kapal di Asia Tenggara.

Type 23
Kapal Friget Type 23

 

Setiap sebuah daripada enam buah kapal LCS kelas-Maharaja Lela itu akan dilengkapi dengan lapan pelancar peluru berpandu NSM, sekaligus menjadikannya antara kapal perang paling berkeupayaan di rantau ini.

Terbaru, TLDM juga dilaporkan bercadang meletakkan dua pelancar peluru berpandu NSM di lapan buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 yang bakal diperolehi.

Perancangannya adalah, tiga buah kapal LMS Batch 2 itu diperolehi pada tahun ini manakala lima buah kapal seterusnya pada Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030).

Type 45
Kapal destroyer Type 45 kelas-Daring

 

Pada pameran pertahanan DSA 2022 baru-baru ini, firma Kongsberg itu telah menandatangani kontrak berkenaan Industrial Collaboration Programme (ICP) melibatkan pembelian peluru berpandu NSM bernilai RM583 juta kepada TLDM.

Selain Malaysia, Amerika Syarikat juga menggunakan peluru berpandu NSM sebagai senjata pilihan “Over-The-Horizon Anti Ship Missile” bagi kapal-kapal LCS miliknya yang beroperasi di kawasan seliaan 7th Fleet.

Australia juga telah memilih peluru berpandu NSM ini untuk dilengkapkan pada kapal-kapal perangnya daripada friget jenis-Anzac dan kapal destroyer kelas-Hobart. — DSA

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

Comments
Loading...