Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Benarkah 60 Nelayan China Telah Dibebaskan? Sila Jawap, Jangan Lari

0 708

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Nampaknya jangkaan admin bahawa 60 nelayan China yang ditahan di oleh APMM di Johor kira-kira dua minggu lepas kerana menceroboh perairan negara berkemungkinan akan dibebaskan tanpa dikenakan sebarang tindakan, mungkin benar.

Ya, kesemua 60 nelayan terbabit termasuk enam buah bot mereka mungkin sudah berada di laut menyambung pelayaran mereka ke “Mauritania”, sebagaimana didakwa oleh mereka.

Semalam agensi berita antarabangsa, Benar News memetik sumber keselamatan kanan negara ini sebagai berkata bahawa Malaysia telah membebaskan kesemua 60 orang nelayan China itu yang ditahan awal bulan ini.

Benar News
Agensi berita Benar News.

Keenam-enam bot nelayan tersebut dan 60 anak kapalnya telah ditahan oleh APMM di perairan Tanjung Setapa pada 9 Oktober lepas.

“Semua nelayan China itu telah dibebaskan minggu lalu. Oleh kerana isu ini berkaitan dengan hubungan diplomatik, maka hal itu tidak dapat didedahkan kepada umum. Kami tidak akan mengeluarkan kenyataan,” kata sumber keselamatan itu kepada Benar News.

Sumber keselamatan kanan Malaysia itu enggan namanya disebut oleh agensi berita itu kerana beliau tidak diberi kebenaran untuk bercakap dengan media mengenai perkara itu.

APMM dalam kenyataannya selepas menahan bot dan nelayan China itu berkata, semua nelayan itu akan disiasat mengikut Akta Perikanan Malaysia 1985 dan Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952.

Nelayan
Salah seorang daripada nelayan China yang ditahan menjalani ujian saringan COVID-19. (sumber APMM)

Akta itu adalah berkaitan dengan bot nelayan asing yang memasuki perairan Malaysia tanpa notis dan ordinan berkenaan pula mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman terhadap bot yang berlabuh tanpa kebenaran.

Sekiranya didapati bersalah, nelayan berkenaan masing-masing akan menghadapi hukuman penjara dua tahun.

Selain itu, setiap kapten bot harus membayar denda maksimum RM6 juta (AS$1.45 juta) manakala anak kapal perlu membayar RM600,000.

China DEmo
Sesetengah netizen China membidas Malaysia kerana “berani” menahan nelayan China. (gambar hiasan)

Sesetengah netizen China juga menyuarakan rasa ketidakpuasanhati mereka terhadap tindakan Malaysia menahan nelayan-nelayan China itu.

Mereka telah menyuarakan rasa marah mereka di dalam laman Twitter versi China itu, Weibo.

Berikutan penahanan 60 nelayan China di perairan Johor itu, jurucakap Kementerian Luar negara itu Zhou Lijian dalam sidang medianya di Beijing meminta Malaysia memelihara hak-hak nelayan China itu.

“Malaysia perlu memelihara hak-hak rakyat China yang ditahan kerana memasuki perairan negara itu,” kata Zhao.

Zhao
Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian. (sumber internet)

Kesemua bot nelayan China itu berdaftar di Qihuangdao, yang terletak di utara China.

Penahanan nelayan China itu juga berlaku hanya beberapa hari sebelum Menteri Luar China Wang Yi melawat negara ini untuk bertemu dengan rakan sejawatnya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Terdapat spekulasi oleh pihak media bahawa antara misi lawatan oleh Wang Yi itu ke Malaysia adalah untuk membebaskan nelayan-nelayan China.

Bagaimanapun di dalam sidang media dan kenyataan bersama, kedua-dua Menteri Luar itu tidak menyentuh mengenai isu penahahan 60 nelayan China di perairan Johor.

HIshammuddin
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan rakan sejawatnya, Wang Yi dari China. (sumber internet)

Admin berharap media-media tempatan dapat mengajukan pertanyaan kepada Hishammuddin, APMM atau Menteri Dalam Negeri mengenai dakwaan oleh agensi Benar News bahawa kesemua 60 nelayan China itu telah dibebaskan.

Media tempatan seharusnya mendapatkan kepastian daripada pihak berkuasa sama ada nelayan China itu benar-benar telah dibebaskan tanpa dikenakan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa.

“Mengapa mereka dibebaskan tanpa dihadapkan ke mahkamah,” “Adakah mereka above the law,” “Adakah terdapat pertimbangan poliitk dalam pengaplikasian udang-undang negara,” “Adakah tekanan daripada China supaya Malaysia membebaskan nelayan mereka.”

Kesemua persoalan ini harus dijawab dengan segera, tuntas dan tanpa berselindung.

Jawab, sama ada laporan oleh Benar News menerusi wartawannya, Nisha David itu benar atau tidak.

— DEFENCE SECURITY ASIA

(link kepada berita Benar News)

https://www.benarnews.org/malay/berita/my-ch-bot-201022-10222020201721.html

 

Comments
Loading...