Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Netizen China Berang, M’sia “Berani” Tahan 60 Nelayan Mereka

0 794

(DEFENCE SECURITY ASIA)Nampaknya tindakan Malaysia menahan 60 “nelayan” China dan enam bot mereka di perairan Tanjung Sedili, Johor minggu lepas telah membangkitkan rasa marah sesetengah rakyat negara Komunis itu.

Page Facebook Cina Malaysia Tolak Komunis China (CMTKC) telah mendedahkan bagaimana sesetengah warga laman maya negara Komunis telah menyuarakan rasa ketidakpuasanhati dan marah mereka terhadap tindakan agensi penguatkuasa Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara itu.

Mungkin hanya agensi penguatkuasaan China yang memiliki hak untuk mempertahankan kedaulatan mereka, manakala yang lain tiada hak.

Maklumlah, kesemua Laut China Selatan (mungkin termasuk perairan Tanjung Sedili sekali) adalah milik mereka. (hanya sindiran)

Menurut CMTKC, warga China menerusi laman social Weibo (Twitter versi China) telah menyuarakan kemarahan mereka terhadap Malaysia.

WEibo
Weibo adalah Twitter versi China. (sumber internet)

Mereka menganggap Malaysia sebagai sebuah negara kecil tidak sepatutnya menahan warga China, sebuah negara yang besar, walaupun mereka melanggar undang-undang negara kita.

“No one is above the law.”

Mungkin pada netizen-netizen China terbabit, negara Asia Tenggara ini tidak sepatutnya bertindak dengan berani dan menangkap “nelayan” China itu.

Malaysia pada pandangan sesetengah netizen China ini sepatutnya “takut” atau “melutut” kepada China dan membiarkan nelayan-nelayan China menceroboh perairan negara ini tanpa sebarang halangan.

Nelayan China pada pandangan mereka sepatutnya dibiarkan untuk bertindak sesuka hati di perairan Malaysia.

Hasil bantuan daripada rakan-rakan CMTKC, mereka telah berjaya screenshot beberapa kenyataan marah netizen China terhadap Malaysia berhubung isu penahanan nelayan negara itu di Johor di laman social Weibo.

CMTKC telah menyertakan beberapa screenshot kenyataan itu, dan admin telah mendapatkan kebenaran daripada pentadbir page itu untuk berkongsi sama dengan pembaca Defence Security Asia.

FB

 

FB

 

FB

 

FB
Kesemua screenshot daripada Weibo dan terjemahannya dikongsi daripada page Facebook “Cina Malaysia Tolak Komunis China.”

Page itu menyatakan bahawa mereka merasa sesuatu yang pelik apabila tiga hari selepas penangkapan nelayan China, Menteri Luar negara Komunis itu Wang Yi telah datang melawat Malaysia.

“I smell something fishy here,” kata admin CMTKC tentang kunjungan Wang Yi ke Malaysia itu.

China menurut mereka mempunyai banyak pertikaian dan persengketaan wilayah dengan negara-negara lain.

Negara Komunis itu menurut CMTKC, sering menghantar tentera laut mereka yang menyamar sebagai nelayan untuk menceroboh perairan yang mereka dakwa sebagai hak mereka.

“Dengan ‘nelayan’, mereka boleh memberikan tekanan kepada negara asing dan pada masa yang sama juga disebabkan ‘nelayan’ tindakan itu tidak akan dilihat sebagai serangan ketenteraan,” dakwa CMTKC.

Kapal China
Tiga daripada enam bot nelayan China yang ditahan oleh APMM di perairan Tanjung Sedili, Johor pada minggu lepas. (kredit APMM)

Admin telah menyentuh tentang peranan yang banyak dimainkan oleh “militia maritime” dalam pertikaian di Laut China Selatan.

Adakah “nelayan” China yang ditangkap di perairan Johor itu “militia maritime” atau benar-benar nelayan?

Jawapan ada pada pihak berkuasa.

Sementara itu kita tunggulah hari dan ketika apabila kesemua 60 orang “nelayan” China itu dihadapkan ke mahkamah apabila siasatan oleh pihak berkuasa itu selesai.

Kita tunguuuuuuuu…..

— DEFENCE SECURITY ASIA

 Terima kasih kepada page Facebook “Cina Malaysia Tolak Komunis China”.

Comments
Loading...