Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Naval Group Lancar Kapal Gowind Kedua Milik UAE…

UAE membeli dua buah kapal korvet Gowind daripada Naval Group pada 2019 dengan kedua-dua kapal perang itu dibina di Perancis. Kapal pertama, “Bani Yas” telah dilancarkan pada Disember tahun lepas manakala kapal kedua “Al Emarat” pula dilancarkan minggu lepas itu.

0 2,023

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pada 13 Mei yang lepas, syarikat Naval Group daripada Perancis telah melancarkan kapal korvet Gowind milik Tentera Laut Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang kedua, “Al Emarat” di limbungan kapal milik syarikat itu yang terletak di Lorient.

UAE membeli dua buah kapal korvet Gowind daripada Naval Group pada 2019 dengan kedua-dua kapal perang itu dibina di Perancis.

Kapal korvet Gowind yang pertama, “Bani Yas” telah dilancarkan pada Disember tahun lepas manakala kapal yang kedua “Al Emarat” pula dilancarkan pada minggu lepas itu.

Gowind
Kapal korvet Gowind UAE yang pertama, “Bani Yas” dilancar Disember tahun lepas.

 

UAE membeli dua buah kapal tersebut pada 2019 dan pada 2022 kedua-dua kapal telah dilancarkan.

Naval Group juga terlibat dalam pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang merupakan enlarged-version daripada kapal korvet Gowind itu.

Bagaimanapun berlainan dengan UAE yang membina kedua-dua kapal Gowind di Perancis, Malaysia mengambil pendekatan membina keenam-enam kapal LCS itu dalam negara.

Gowind
“Bani Yas”

 

Syarikat Naval Group itu juga akan melatih anggota tentera laut UAE dalam mengendalikan kedua-dua buah kapal korvet Gowind yang dibelinya itu.

Syarikat daripada Perancis itu tidak mendedahkan nilai kedua-dua buah kapal perang yang dibeli oleh UAE itu, tetapi ia dianggarkan bernilai kira-kira US$850 juta (RM3.4 bilion) dengan opsyen untuk memperolehi dua buah lagi.

UAE dikatakan menggunakan kedua-dua kapal korvet Gowind kelas-Bani Yas miliknya itu untuk tugas meronda di kawasan Teluk dan anti-submarine warfare (ASW).

Gowind
Kapal korvet Gowind milik Mesir.

 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Naval Group, kapal korvet Gowind menikmati kejayaan yang besar dengan 12 unit kapal perang itu telah terjual setakat ini.

Kebanyakkan kapal perang itu telah dibina dengan kerjasama industri tempatan, dengan memberikan contoh di Mesir dimana tiga buah kapal korvet Gowind itu telah dibina untuk tentera laut negara itu.

Kapal korvet Gowind seberat 2,800 tan dan panjang 102 meter itu merupakan respon syarikat terhadap cabaran keselamatan dan pertahanan semasa.

Gowind
Tentera Laut Mesir

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Ia adalah sebuah kapal korvet pelbagai misi dan berkemampuan beroperasi di semua kawasan.

Kapal korvet Gowind itu diintergrasikan dengan Setis Combat Management System (CMS), penyelesaian struktural yang innovatif serta sensor dan sistem persenjataan terkini.

Ia juga menggunakan sistem Panoramic Sensors and Intelligence Module (PSIM) dan pelbagai peralatan moden yang lain. — DSA

 

 

Comments
Loading...