Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

NATO Buka Pejabat Timur Tengah Yang Pertama di Negara “Rakan Baik” Jordan

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan Jordan, kewujudan pejabat perhubungan NATO pertama di Timur Tengah bertempat di Jordan itu adalah hasil kerjasama erat dan hubungan strategik di antara negara Arab itu dan pakatan ketenteraan diketuai oleh Amerika Syarikat itu.

0 483

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat pertama kali, Pakatan Ketenteraan “NATO” (North Atlantic Treaty Organisation) diketuai oleh Amerika Syarikat akan membuka pejabat perhubungannya yang pertama di Timur Tengah bertempat di ibu negara Jordan, Amman.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan Jordan, kewujudan pejabat perhubungan NATO pertama di Timur Tengah bertempat di Jordan itu adalah hasil kerjasama erat dan hubungan strategik di antara negara Arab itu dan pakatan ketenteraan diketuai oleh Amerika Syarikat itu.

Keputusan untuk membuka pejabat perhubungan NATO pertama di Timur Tengah di Jordan itu diputuskan semasa sidang kemuncak pakatan ketenteraan itu di Washington, sempadan penubuhan ke-75 tahun pakatan itu.

“NATO mengakui peranan penting dimainkan oleh Jordan dalam mencapai kestabilan serantau dan antarabangsa dan memuji pencapaian menyeluruhnya (Jordan) dalam memerangi ancaman rentas-sempadan seperti keganasan dan ekstremisme keganasan.”

“Pejabat NATO di Jordan akan menyumbang kepada peningkatan dialog dan kerjasama di dalam bidang kepentingan bersama di antara NATO dan Jordan.”

Jordan
 Menurut laman web Jabatan Negara Amerika Syarikat, Amerika Syarikat merupakan penyumbang bantuan USAID terbesar kepada Jordan dengan pelbagai bantuan termasuk bantuan ketenteraan disumbang sebanyak USD$425 juta (RM2 billion) setiap tahun.

 

“Kewujudan pejabat NATO di Amman, Jordan adalah selepas tiga dekad kerjasama mendalam terutamanya menerusi NATO Mediterranean Dialogue,” kata NATO dalam satu kenyataan.

NATO dan Jordan telah mewujudkan hubungan ketenteraan dan keselamatan sejak tiga dekad yang lalu terutamanya menerusi NATO Mediterranean Dialogue yang diwujudkan oleh NATO pada 1994.

Beberapa negara NATO terutamanya Amerika Syarikat mempunyai pangkalan tentera di Jordan yang diwujudkan menerusi beberapa perjanjian tentera.

Menurut laman web Jabatan Negara Amerika Syarikat, Amerika Syarikat merupakan penyumbang bantuan USAID terbesar kepada Jordan dengan pelbagai bantaun termasuk bantuan ketenteraan disumbang sebanyak USD$425 juta (RM2 billion) setiap tahun.

Hubungan Jordan yang dipimpin oleh keluarga dirajanya  dengan NATO, terutamanya Amerika Syarikat sememangnya diketahui ramai oleh penduduk Jordan dan Timur Tengah yang lain.

Namun hubungan rapat Jordan dan NATO serta Amerika Syarikat mendapat kecaman bukan sahaja daripada rakyat tempatan tetapi juga penduduk Arab di seluruh rantau itu.

Jordan

Pada April lalu, tindakan Jordan mengarah pesawat-pesawat pejuangnya untuk menembak jatuh peluru-peluru berpandu dan dron berani mati dilancar Iran terhadap Israel telah mengundang kecaman dan kritikan keras daripada keseluruhan dunia Arab dan Islam.   

Bukan sahaja Jordan dilaporkan mengarah pesawat-pesawat pejuangnya bertindak menembak jatuh peluru berpandu dan dron Iran yang mensasarkan Israel,tetapi Amman juga telah “membuka” ruang udaranya kepada pesawat pejuang Israel dan Amerika Syarikat untuk menembak jatuh peluru berpandu dan dron dilancar Teheran itu.

“Kemurahan hati” kerajaan Jordan membuka ruang udaranya kepada pesawat Israel dan Amerika Syarikat adalah untuk memastikan peluru berpandu dan dron Iran itu berjaya dimusnahkan di dalam ruang udara Jordan sebelum ia memasuki ruang Israel.

Ramai dikalangan warga Arab dan penduduk Islam seluruh dunia menyifatkan tindakan Jordan itu amat mengejutkan kerana negara itu dilihat sebagai “mempertahankan” Israel pada ketika rejim Yahudi pimpinan Benjamin Netanyahu itu membunuh lebih daripada 33,000 penduduk Palestin menerusi tindakan ketenteraannya di Gaza ketika ini.

Walapun penduduk tempatan Jordan itu menyokong perjuangan penduduk Palestin untuk bebas daripada pendudukan haram Israel, namun kerajaan negara itu mengambil tindakan tegas terhadap perhimpunan menyokong penduduk Palestin.

Lebih daripada 1,000 rakyat Jordan telah ditahan oleh pihak berkuasa negara itu kerana terlibat dalam perhimpunan menyokong penduduk Palestin.

NATO
NATO

 

Berhadapan dengan kecaman keras daripada dunia Arab dan Islam di atas tindakannya “mempertahan dan melindungi” Israel yang disifatkan seperti “menikam belakang” penduduk Palestin,  kerajaan Jordan terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk menjernihkan keadaan.

Kerajaan Jordan menyatakan bahawa tindakannya mengarahkan pesawat-pesawat pejuang menembak jatuh peluru berpandu dan dron Iran itu dan membuka ruang udaranya adalah suatu tindakan mempertahankan diri dan bukan bertujuan untuk membantu Israel.

Ia berkata peluru berpandu dan dron Iran yang memasuki ruang udaranya menuju ke Israel ditangani supaya ia tidak membahayakan penduduk dan rakyatnya serta mereka yang mendiami kawasan-kawasan penempatan yang padat di Jordan.

Walaupun rata-rata rakyat Jordan menyokong perjuangan Palestin tetapi pada masa yang sama kerajaannya mempunyai hubungan yang baik daripada segi ketenteraan dengan “pelindung utama Israel” iaitu Amerika Syarikat.

Selain Mesir, Jordan adalah antara negara Arab yang menerima paling banyak bantuan ketenteraan daripada Amerika Syarikat setiap tahun.

Jordan
Lokasi kem tentera Amerika di Jordan dinamakan “Tower 22”

 

Pesawat-pesawat pejuang, dron bersenjata Amerika Syarikat juga kerapkali ditempatkan di pangkalan udara Jordan seperti Pangkalan Udara Muwaffaq Salti.

Selain itu tentera Amerika Syarikat turut memiliki sebuah pangkalan tentera rahsia di Jordan dipanggil “Tower 22” di Rukban, daerah Rwaished, tidak jauh dairpada sempadan negara itu dengan Syria dan Iraq.

Menurut laporan media sebelum ini, dianggarkan 350 orang anggota tentera darat dan udara Amerika Syarikat ditempatkan di “Tower 22”.

“Tower 22” itu juga terletak tidak jauh daripada satu lagi pangkalan tentera Amerika di Al-Tanf di sempadan Syria dengan Iraq dan Jordan.

Washington menggunakan pangkalan tentera Al-Tanf untuk melatih kumpulan-kumpulan bersenjata Syria yang rapat dengannya untuk menentang kumpulan pengganas Daesh.  — DSA 

Comments
Loading...