Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Syarikat Jepun Turut Intai Peluang Bekal Kapal MRSS Pada TLDM

Syarikat Mitsui Engineering and Shipbuilding (Mitsui E&S) yang mempunyai pengalaman luas dalam pembinaan kapal tentera laut bakal berhadapan dan bersaing dengan syarikat-syarikat pembuat kapal terkemuka lain seperti Damen Schelde dari Belanda, Hyundai Heavy Industries (HHI) dari Korea Selatan, PT PAL daripada Indonesia dan lain-lain.

0 4,114

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jepun menerusi syarikatnya Mitsui Engineering and Shipbuilding (Mitsui E&S) turut menyatakan minat mereka untuk menawarkan kapal Multi-Role Support Ship (MRSS) yang dimohon oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sejak sekian lamanya tetapi seringkali permohonannya diketepikan di atas faktor kekurangan peruntukan.

Syarikat Mitsui yang mempunyai pengalaman luas dalam pembinaan kapal tentera laut bakal berhadapan dan bersaing dengan syarikat-syarikat pembuat kapal terkemuka lain seperti Damen Schelde dari Belanda, Hyundai Heavy Industries (HHI) dari Korea Selatan, PT PAL daripada Indonesia dan lain-lain.

Kapal MRSS yang ditawarkan oleh syarikat Jepun itu adalah seberat 13,000 tan dan berkeupayaan untuk membawa sehingga 500-800 anggota tentera berkekuatan satu batalion.

Selain itu kapal MRSS yang ditawarkan oleh syarikat Mitsui E&S itu juga berkemampuan membawa sehingga 16 buah kereta kebal (main battle tanks), enam buat kereta perisai dan sebuah kenderaan ambulan.

Kapal MRSS oleh syarikat Mitsui ini juga dilengkapi dengan dua sistem Phalanx CIWS.

MRSS

Apakah apabila kapal-kapal MRSS milik TLDM ini telah wujud di dalam inventorinya, maka bolehlah kita melihat akan kewujudkan pasukan Marines di dalam Angkatan Tentera Malaysia suatu masa nanti?

Kapal MRSS yang dicadangkan oleh syarikat Jepun ini memiliki hangar yang boleh menempatkan dua buah helikopter HC225M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta beberapa buah pesawat tanpa pemandu (Unmanned Aerial Vehicles) berkemungkina jenis Short Take Off and Landing (STOL).

Ia juga boleh membawa dua buah landing craft untuk memudahkan penghantaran anggota tentera dan peralatan ke kawasan operasi yang berkemungkinan di pesisir pantai, pulau-pulau terpencil atau beting pasir atau ciri-ciri maritim yang lain.

Panjang keseluruhan kapal MRSS yang dicadangkan oleh Mitsui adalah 160 meter manakala krewnya adalah seramai 150 orang.

MRSS
Kapal MRSS HDL-13000 yang dicadangkan oleh Hyundai Heavy Industries kepada TLDM.

 

Menurut syarikat Mitsui, rekabentuk kapal MRSS oleh Mitsui yang dicadangkan kepada TLDM telah mengambilkira pengalaman dalam membangunkan kapal-kapal Landing Platform Dock “ Osumi” dan “Shimokita” daripada Japan Maritime Self Defense Force (JMSDF).

Sebenarnya selain Malaysia, syarikat Mitsui ini turut mengintai peluang-peluang untuk membekalkan kapal tentera laut kepada negara-negara di Asia Tenggara yang lain.

Dua tahun lepas, Mitsui telah menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat tempatan, T7 Marine Sdn Bhd untuk meninjau peluang-peluang bagi membekalkan kapal-kapal kepada Tentera Laut Vietnam dan Pengawal Pantai Vietnam.

Selain syarikat-syarikat Damen Schelde, HHI, keperluan untuk memenuhi kehendak TLDM untuk memiliki kapal MRSS turut sama dikongsi oleh beberapa syarikat lain termasuk Naval Group dari Perancis, CSOC daripada China dan PT PAL daripada Indonesia.

MRSS
Kapal MRSS oleh Damen Schelde.

 

Dibawah program Transformasi 15 ke 5, TLDM mempunyai keperluan untuk tiga buah kapal MRSS yang akan diperolehi bermula tahun ini sehingga 2035. 

Baru-baru ini,bekas Panglima Angkatan Bersama Lt Jen Datuk Indera Yazid Arshad mehyatakan bahawa usaha TLDM untuk memperolehi dua buah kapal MRSS tidak boleh tergendala, malah ia perlu disegerakan, 

Menurut beliau,  terdapat keperluan yang mendesak untuk memperolehi kapal MRSS dengan kadar yang segera memandangkan usia kapal MRSS sedia ada sudah berusia hampir 40 tahun. 

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

“Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berharap pihak kerajaan terus berusaha agar memastikan aset Angkatan Tentera Malaysia dapat dipertingkatkan dalam menjaga keselamatan maritim negara. 

“MRSS ini sememangnya amat penting bukan sahaja kepada TLDM itu sendiri malahan di peringkat ATM dan juga negara.

“Aset ini penting bagi memastikan keperluan operasi logistik serta sokongan bantuan kemanusiaan dan bencana alam atau lebih dikenali sebagai Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) di dalam dan luar negara dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya.  — DSA

 

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

 

 

Comments
Loading...