Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kesetiaan Singapura Tetap Kepada China – Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan

Bercakap kepada akhbar Mingguan Malaysia dalam satu temuramah khas yang disiarkan semalam, beliau berkata, “kesetiaan” Singapura terhadap Beijing berkemungkinan kerana konsep diaspora etnik tertentu.

0 5,880

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun Singapura dikenali ramai sebagai negara sekutu Amerika Syarikat di rantau ini dengan penempatan aset-aset tentera negara kuasa besar dunia itu serta dasar-dasarnya yang pro-Barat, tetapi “kesetiaan” negara pulau itu tetap kepada China, menurut bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Lt Jen (B) Datuk Mohd Salleh Ismail.

Bercakap kepada akhbar Mingguan Malaysia dalam satu temuramah khas yang disiarkan semalam, beliau berkata, “kesetiaan” Singapura terhadap Beijing berkemungkinan kerana konsep diaspora etnik tertentu.

Majoriti penduduk Singapura adalah etnik Cina dengan 76.2 peratus daripada keseluruhan penduduknya (mengikut bancian pada 2015), satu-satunya negara yang memiliki penduduk majoriti etnik Cina di luar tanah besar China.

Penduduk Melayu di Singapura pula terdiri daripada 15 peratus manakala etnik India sebanyak 7.4 peratus.

“Kita kena percaya bahawa Singapura dan China tidak akan berubah, mereka punya kesetiaan bagi saya kalau Singapura, masih China. Amerika itu hanya (kepentingan) strategik sahaja, misalnya jika diserang mereka boleh dapatkan sokongan Amerika, mereka mahukan peralatan, kelangsungan mereka dan sebagainya.”

Singapure

“Singapura ini negara yang pentingkan kelangsungan (survival). Tapi saya rasa kesetiaan mereka, saya rasa masih lagi kepada China,” kata beliau di dalam temuramah khas itu.

Bagaimanapun bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan itu berkata, beliau tidak fikir China adalah sebuah negara yang “mempunyai niat” untuk menjajah negara-negara di Asia Tenggara.

Ini adalah kerana, China sejak daripada dahulu bukanlah sebuah  “expansionist nation.”

“… mereka (China) hanya jaga rakyat dalam negeri, di sempadan mereka seperti Mongolia. Jadi China ini, kita lihat hari ini lebih kepada kekuatan ekonomi dan teknologi,” kata bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan itu.

Perisiakan
Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd Salleh Ismail.

 

—  DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...