Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Untuk Pastikan “Kelebihan” Israel, Mesir Tidak Dibenar Miliki Meteor BVR, AMRAAM

Mesir dilaporkan sedang berunding dengan Itali dan Amerika Syarikat untuk memperolehi pesawat pejuang Eurofighter Typhoon dan F-15, namun sekiranya rundingan berjaya, Kaherah tidak akan memperolehi "pakej penuh" tanpa peluru berpandu udara-ke-udara "Meteor BVR" dan "AIM-120 AMRAAM" dengan alasan untuk memelihara kelebihan kualiti ketenteraan Israel.

0 8,383

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak dua atau tiga tahun yang lalu, Mesir dan Itali telah mengadakan rundingan perolehan pelbagai jenis senjata termasuk sehingga 24 buah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon bernilai US$3 billion (RM yang dikeluarkan konsortium empat buah negara Eropah.

Pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu dibangunkan oleh konsortium syarikat daripada empat buah negara Eropah daripada United Kingdom, Sepanyol, Itali dan Jerman.

Selain pesawat pejuang Eurofighter Typhoon, Mesir juga dilaporkan sedang berada di ambang untuk diberikan kebenaran untuk memiliki pesawat pejuang F-15 buatan Amerika Syarikat, sekaligus menamatkan impian selama 40 tahunnya untuk memiliki pesawat pejuang itu.

Sekiranya kehadiran Eurofigher Typhoon dan F-15 itu disahkan menerusi penandatangan kontrak, maka kedua-dua pesawat pejuang itu akan menyertai Tentera Udara Mesir yang kini sudah pun memiliki 54 buah pesawat pejuang Rafale buatan syarikat Dassault Aviation daripada Perancis dan beberapa jenis pesawat pejuang lain.

Walaupun usaha Mesir untuk memiliki pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu berkemungkinan tidak akan berhadapan dengan masalah besar, terutamanya selepas Jerman bersetuju menjual pesawat pejuang itu kepada Arab Saudi, tetapi Kaherah dijangka tidak akan diberikan “pakej penuh.”

Meteor
“Meteor BVR”

 

Sebagaimana yang berlaku dalam perolehan pesawat pejuang Rafale daripada Perancis, Mesir dijangka mengalami nasib yang sama sekiranya ia memperolehi pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu.

Sekiranya memilih Eurofighter Typhoon, Mesir berkemungkinan besar tidak akan diberikan “pakej penuh” iaitu peluru berpandu udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) “Meteor” dan persenjataan strategik yang lain, demi memelihara Kelebihan Kualiti Ketenteraan (Qualitative Military Edge – QME) yang dimiliki oleh Israel.

Walaupun Israel mungkin tiada halangan terhadap penjualan pesawat pejuang Eurofighter Typhoon kepada Mesir, tetapi “suara-suara” sudah pun kedengaran bahawa negara Yahudi itu akan veto sebarang penjualan peluru berpandu udara-ke-udara “Meteor BVR” kepada Mesir.

Perkara sama akan berlaku kepada Mesir sebagaimana ketika ia membeli pesawat pejuang Rafale, di mana Israel membantah sebarang usaha daripada Perancis untuk turut melengkapkan pesawat pejuang yang dijualnya kepada Kaherah itu dengan peluru berpandu Meteor.

Sehingga kini, pesawat-pesawat pejuang Rafale Tentera Udara Mesir tidak dilengkapkan dengan peluru berpandu udara-ke-udara “Meteor BVR”, disebabkan bantahan daripada Israel yang mahu memelihara kelebihan kualiti ketenteraannya terhadap Kaherah.

AMRAAM
“AMRAAM”

 

Kaherah dilaporkan terus menekan Perancis supaya memberikannya peluru berpandu udara-ke-udara “Meteor BVR.”

Israel dikatakan “bimbang” akan nasib pesawat-pesawat pejuangnya terutama F-16 dan F-15 ditangan pesawat-pesawat pejuang Mesir yang dilengkapkan dengan peluru berpandu udara-ke-udara “Meteor BVR” sekiranya konflik bersenjata antara kedua-dua negara itu tercetus.

Bagi pesawat pejuang generasi kelima F-35 “Adir” milik Israel, ia mungkin tidak berhadapan dengan banyak masalah apabila berhadapan dengan pesawat musuh yang dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara “Meteor BVR.”

Pada tahun 2022, pemerintah tertinggi Central Command (CENTCOM) tentera Amerika Syarikat di Timur Tengah Jeneral Frank McKenzie memberitahu bahawa negara itu akan membekalkan pesawat-pesawat pejuang F-15 kepada Mesir.

Laporan pada tahun 2022 menyatakan bahawa Israel menyokong penjualan F-15 itu kepada Mesir, tetapi keadaan mungkin sudah berubah pada ketika ini dengan hubungan di antara kedua-dua negara berjiran itu berada di dalam keadaan yang tegang akibat konflik bersenjata antara Tel Aviv dan Palestin.

Meteor

Meteor
Eurofighter Typhoon dengan “Meteor”

 

Walaupun Amerika Syarikat “menamatkan” penantian 40 tahun Kaherah terhadap pesawat pejuang F-15, namun pemerhati bersetuju bahawa Washington juga tidak akan memberikan pakej penuh pesawat itu termasuk peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 AMRAAM kepada Mesir.

Seperti biasa, alasan Amerika Syarikat atas keengganannya untuk menjual peluru berpandu AIM-120 AMRAAM kepada Mesir adalah bantahan Israel dan untuk memelihara kelebihan kualiti ketenteraan Israel berbanding negara jirannya itu. — DSA

To contact email: lulwabyadah@gmail.com 

Comments
Loading...