Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Nelayan Rakam Kapal Selam “Rahsia” China Sedang Jalani Ujian Di Lautan

(VIDEO) Penganalisis tentera mengenalpasti kapal selam yang berjaya dirakam oleh sekumpulan nelayan China itu adalah jenis Type 039C kelas-Yuan yang semenangnya dibangunkan oleh tentera China untuk menjadi kapal selam yang bergerak dalam keadaan yang amat senyap dan sukar dikesan oleh sistem sonar musuh.

0 5,317

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Disember lalu, sekumpulan nelayan China di timur negara itu terkejut apabila mereka terserempak dengan sebuah kapal selam “rahsia” milik tentera laut negara itu yang dipercayai sedang menjalani ujian di lautan.

Insiden sekumpulan nelayan China terserempak dengan kapal selam negara itu telah dirakam dan telah tersebar dalam media-media sosial negara itu baru-baru ini.

Penganalisis kemudiannya mengenalpasti kapal selam yang berjaya dirakam oleh sekumpulan nelayan itu adalah Type 039C kelas-Yuan yang semenangnya dibangunkan oleh tentera China untuk menjadi kapal selam yang mampu bergerak dalam keadaan yang amat senyap dan sukar dikesan oleh musuh.

Ketika dirakam, kapal selam penyerang itu dipercayai sedang menjalani ujian di lautan di wilayah pesisir pantai, Zhejiang yang terletak di timur negara itu.

Berikutan ancaman daripada Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya di Indo-Pasifik, China telah meningkatkan kekuatan aset-aset bawah permukaannya dengan membina lebih banyak kapal selam sama ada konvensional atau berkuasa nuklear.

Pada ketika ini, Tentera Laut China dipercayai memiliki sehingga 17 buah kapal selam Type 039 kelas Yuan yang dilengkapi dengan Air-Independent Propulsion (AIP), dengan kapal selam Type 039C adalah varian terkini.

Kewujudan varian terkini kapal selam Type 039C itu dikesan menerusi imej satelit pada 2021 dan ia mengambil hampir setahun sebelum Tentera Laut China mengakui kewujudan varian terkini kapal selam Type 039C itu.

Varian terbaru kapal selam Type 039C kelas-Yuan dibangunkan dengan rekabentuk baru dipanggil “angled sail” bagi menyukarkan pihak musuh mengesannya menggunakan active sonar terutamanya ketika beroperasi di kawasan-kawasan perairan yang dianggap sebagai cetek seperti di Selat Taiwan.

Rekabentuk “angled sail” merupakan rekabentuk yang semakin digunakan dalam pembinaan kapal-kapal selam generasi baru pada ketika ini.

Type 039C

Rekabentuk terbaru kapal selam itu dilapor akan turut digunakan dalam kapal-kapal selam A-26 dan Type 212CD yang bakal dibina oleh oleh Sweden dan Jerman tetapi pada ketika ini hanya China yang merealisasikan rekabentuk “angled sail” itu di dalam rekabentuk kapal selamnya yang telah pun siap.

Tindakan China membina kapal-kapal selam generasi barunya dengan menggunakan rekabentuk “angled sail” juga secara tidak langsung juga menyatakan bahawa ancaman daripada active sonar amat digeruni oleh kapal-kapal selam.

Menurut penganalisis, oleh kerana kapal-kapal selam pada masa kini semakin senyap, maka peranan passive sonar juga semakin berkurangan. — DSA

To contact email: lulwabyadah@gmail.com  

 

Comments
Loading...