Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Selepas “Sedekah” Kereta Kebal Russia Pada Ukraine, Cyprus Dan Maghribi Terima “Merkava” Sebagai Ganti

“Penghantaran kereta kebal Merkava ke Cyprus dan Maghribi adalah dijangka untuk menggantikan 41 buah kereta kebal T-80U/UK yang “disedekahkan” oleh Cyprus kepada Ukraine sebelum ini serta kereta-kereta kebal T-72B yang turut “disedekah” kepada Ukraine oleh Maghribi,” menurut laporan media.

0 12,150

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Cyprus dan Maghribi dilaporkan adalah dua negara yang bakal menjadi operator luar negara pertama bagi kereta kebal utama buatan Israel, “Merkava”, yang digembar-gemburkan oleh penganalisis pertahanan antarabangsa sebagai diantara kereta kebal utama terbaik dunia.

Pada mula, spekulasi hebat menyatakan bahawa Ukraine merupakan destinasi utama bagi varian lama kereta kebal utama “Merkava” itu.

Namun, Israel dilaporkan telah meletakkan syarat yang ketat dimana negara Yahudi itu enggan melihat kereta kebal utamanya itu beraksi di medan peperangan di Ukraine, menentang unti-unit tentera Russia.

Merkava

Mungkin pentadbiran Tel Aviv mahu mahu memelihara hubungannya dengan Moscow, yang sudah pasti akan terjejas jika ia bertindak mengeksport kereta kebal utamanya, Merkava ke Ukraine untuk digunakan terhadap tentera Russia.

Israel dikatakan menanam cita-cita hendak menjadi “pendamai” dalam konflik antara Russia dan Ukraine itu.

“Penghantaran kereta kebal Merkava ke Cyprus dan Maghribi adalah dijangka untuk menggantikan 41 buah kereta kebal T-80U/UK yang “disedekahkan” oleh Cyprus kepada Ukraine sebelum ini serta kereta-kereta kebal T-72B yang turut “disedekah” kepada Ukraine oleh Maghribi,” menurut laporan media.

Walaupun Maghribi menafikan bahawa ia terlibat dalam memberikan kereta-kereta kebal buatan Russianya kepada Ukraine, tetapi terdapat dakwa mengatakan bahawa kereta kebal milik negara Afrika Utara itu telah diberikan kepada negara Eropah Timur itu menerusi pihak ketiga.

Israel dikatakan telah meletakkan syarat yang amat ketat terhadap Cyprus dan Maghribi dimana ia tidak mahu melihat kereta kebal Merkava miliknya itu diberikan, disedekahkan, dieksport-kembali atau dijual kepada Ukraine.

Memandangkan kereta kebal itu masih dimiliki oleh Israel, mana-mana tindakan memindahkan kereta-kereta kebal itu kepada negara selain daripada Cyprus dan Maghribi perlu mendapatkan kebenaran daripada Tel Aviv.

Merkava
Kereta kebal T-80 dan kereta perisai BMP-3 milik Tentera Cyprus.

 

Syarat utama adalah kereta kebal Merkava itu tidak boleh digunakan di medan peperangan di Ukraine.  

Minggu lepas, dua negara dikatakan sedang mengintai peluang untuk memiliki kereta kebal utama “Merkava” buatan Israel yang tidak pernah dieksport kepada mana-mana negara luar sebelum ini.

Jika rundingan perolehan kereta kebal “Merkava” itu berjaya, kedua-dua negara itu atau salah satu daripadanya bakal muncul sebagai negara luar Israel yang pertama menggunakan kereta kebal yang digembar-gembur oleh penganalisis ketenteraan sebagai diantara kereta kebal utama terbaik dunia.

Identiti kedua-dua negara yang bercadang memiliki diantara 200 hingga 300 kereta kebal utama dibangunkan syarikat Israel Military Industries (IMI) itu tidak didedahkan, tetapi salah satunya adalah negara Eropah, dengan ramai membuat spekulasi menyatakan bahawa  ia adalah Ukraine.

Potensi eksport Merkava buat pertama kali itu didedahkan sendiri oleh Kementerian Pertahanan Israel.

“Terdapat dua negara berpotensi di mana kita (Kementerian Pertahanan Israel) sedang mengadakan rundingan (penjualan kereta kebal Merkava). Bagaimanapun saya dilarang daripada menamakan negara berkenaan, tetapi satu negara itu berada di Eropah,” kata pegawai Kementerian Pertahanan Israel itu.

Merkava
Kereta kebal T-72B Tentera Maghribi

 

Pegawai Kementerian Pertahanan Israel itu tidak menamakan varian kereta kebal Merkava yang dicadang dijual kepada kedua-dua negara berpotensi itu.

Bagaimanapun penganalisis mengatakan adalah tidak mungkin Israel akan membenarkan eksport varian terkini kereta kebal terbabit iaitu Merkava Mk4 kepada negara luar, memungkinkan Tel Aviv menjual varian sebelum ini iaitu Merkava Mk3 atau Merkava Mk2.

Israel mula membangunkan kereta kebal Merkava pada awal tahun 1970-an hasil pengalaman daripada Perang Enam Hari 1967 dan juga Perang Yom Kippur pada 1973 serta keperluannya terhadap kereta kebal yang bukan sahaja canggih tetapi dapat memberikan perlindungan yang lebih baik terhadap anggota tenteranya.

Varian terkini kereta kebal itu, Merkava Mk4 mula memasuki perkhidmatan tentera Israel pada tahun 2004 bagi menggantikan kereta kebal Merkava Mk3 yang digunakannya sebelum ini.

Merkava
Merkava Mk4

 

Dengan berat keseluruhan kereta kebal itu mencecah 66 tan, Merkava Mk4 dilengkapkan dengan meriam kaliber 120mm smoothbore yang turut berkemampuan untuk melancarkan peluru berpandu anti-kereta kebal “Lahat.”

Setiap kereta kebal Merkava Mk4 itu mampu membawa sehingga 48 butir peluru.

Laporan media sebelum ini menyatakan Israel memiliki sehingga 360 buah kereta kebal Merkava Mk4 manakala 300 buah lagi sedang dibina oleh negara itu.

Ia juga dilengkapkan dengan enjin berkuasa kuda 1,500hp buatan General Dynamics.. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...