Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Eks Jerung Emas”, Amaran Kepada Mereka Cuba Ancam Keselamatan Pelantar Minyak, Gas Negara

Disebabkan kedudukannya yang terletak jauh daripada tamadun manusia, maka pelantar-pelantar minyak dan gas di perairan negara sentiasa terdedah kepada pelbagai ancaman daripada pihak-pihak tertentu, sama ada ia terdiri daripada penjenayah biasa atau “state actors”.

0 3,593

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Mana-mana pihak yang cuba melakukan “onar” terhadap pelantar-pelantar minyak dan gas sama ada berada di Laut China Selatan atau mana-mana perairan negara, perlu bersiap-sedia untuk menerima respons sepantas kilat daripada pasukan khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Memandangkan Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan gas, maka sudah pasti terdapat banyak pelantar-pelantar minyak dan gas sama ada milik Petronas atau rakan-rakan “Production Sharing Contract (PSC) di segenap pelusuk perairan negara.

Kebanyakan pelantar-pelantar minyak dan gas ini terletak jauh daripada pesisir pantai, kadangkala memerlukan penerbangan helikopter atau pelayaran kapal yang memakan masa berjam-jam lamanya.

Minyak
(ATM)
Minyak
(ATM)

 

Disebabkan kedudukannya yang terletak jauh daripada tamadun manusia, maka ia sentiasa terdedah kepada pelbagai ancaman daripada pihak-pihak tertentu, sama ada ia terdiri daripada penjenayah biasa atau “state actors”.

Untuk mereka yang bercita-cita membuat “onar”, ATM telah membuat persediaan untuk menghadapinya.

Baru-baru ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melaksanakan Eksesais Jerung Emas Siri 69/2023 (EJE 69/23) bermula pada 13 sehingga 20 Jun 2023, menurut kenyataan di dalam media sosialnya.

Eksesais yang melibatkan ATM dan Petronas itu dilaksanakan di Pelantar Dulang B yang terletak di luar pesisir pantai Terengganu, melibatkan seramai 121 peserta ATM dan 124 peserta PETRONAS.

Eksesais bertemakan menangani krisis keganasan menerusi operasi khas secara bersama bagi menyelamatkan pelantar minyak yang berdepan dengan ancaman dilaksanakan dalam bentuk Field Training Exercise (FTX), dengan konsep pelaksanaan serbuan serta menyelamat tebusan oleh Pasukan Penggempur ATM (PASKAL, GGK dan PASKAU).

Minyak
ATM
Minyak
ATM

 

Dari aspek kawalan dan prosedur pula, eksesais ini bertujuan untuk menguji Emergency Respond Plan (ERP) operator pelantar minyak iaitu Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) dan tindak balas agensi kerajaan berkaitan selaras dengan Arahan MKN No. 18.

Upacara Penutup EJE 69/23 telah dilaksanakan pada 20 Jun 23 di Pelantar Dulang B yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM.

 Turut hadir Asisten Ketua Staf J3 Mejar Jeneral Nur Hafis bin Abd Karim TUDM serta pegawai-pegawai kanan ATM dan PETRONAS. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Minyak
(ATM)
MInyak
ATM
Comments
Loading...