Menteri Pertahanan Tinjau Lebih Dekat Operasi Kapal Selam TLDM, KD Tun Razak
Selain meninjau lebih dekat operasi kapal selam kelas-Perdana Menteri, KD Tun Razak, Menteri Pertahanan turut telah meninjau operasi kapal peronda pesisir generasi baru,KD Selangor di lokasi tidak didedahkan di Laut China Selatan.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah meninjau dengan lebih dekat kemampuan kapal selam milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Tun Razak yang kini beroperasi di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.
Dalam posting di FB miliknya, beliau juga menyatakan bahawa telah diberikan peluang menyelam pada kedalaman operasi maksimum kapal selam diesel-elektrik berkeupayaan tinggi, KD Tun Razak itu.
TLDM memiliki dua buah kapal selam kelas-Perdana Menteri daripada jenis Scorpene yang diperolehinya daripada syarikat DCNS (kini dikenali sebagai Naval Group).
Malaysia merupakan negara tunggal di Asia Tenggara yang menggunakan kapal selam Scorpene.
Ditauliahkan ke dalam perkhidmatan TLDM pada 2009, KD Tun Abdul Razak dan KD Tunku Abdul Rahman adalah daripada jenis yang sama dan berkemampuan membawa peluru berpandu lancaran kapal selam Exocet SM39, torpedo Black Shark dan periuk api.

Malaysia menandatangani perjanjian perolehan dua buah kapal selam Scorpene bernilai lebih daripada Euro 1 bilion pada 2002.
Selain meninjau lebih dekat operasi kapal selam KD Tun Razak, Menteri Pertahanan turut telah meninjau operasi kapal peronda pesisir generasi baru,KD Selangor di lokasi tidak didedahkan di Laut China Selatan.
Posting FB Mohamed Khaled adalah seperti berikut:
“Dalam rangka lawatan ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah, saya telah meninjau operasi KD Selangor di Laut China Selatan.
Ketibaan ke Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) ini turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima Armada Timur dan disambut oleh 92 orang anak kapal KD Selangor.
Selain itu, saya juga berkesempatan melihat sendiri pelaksanaan operasi KD Tun Razak yang mana merupakan salah satu kapal selam milik TLDM.


Comments are closed.