Menteri Pertahanan Mungkin Lawat Kuwait November Ini? F/A-18 Hornet Dalam Fikiran
Sumber memberitahu bahawa terdapat "cakap-cakap" bahawa Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan ke Kuwait pada November ini untuk berunding tentang perolehan pesawat-pesawat pejuang F/A-18C/D milik negara Timur Tengah itu.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sumber-sumber menyatakan kepada Defence Security Asia bahawa usaha Kementerian Pertahanan untuk memperolehi pesawat-pesawat pejuang F/A-18C/D milik Tentera Udara Kuwait sedang berjalan dengan lancar.
Malah sumber memberitahu bahawa terdapat “cakap-cakap” bahawa Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan ke Kuwait pada November ini untuk berunding tentang perolehan pesawat-pesawat pejuang F/A-18C/D milik negara Timur Tengah itu.
“Buat masa ini, rundingan tentang perolehan pesawat pejuang Hornet milik Tentera Udara Kuwait itu berjalan positif. “
“Mungkin sesuatu akan termeterai pada November nanti,”kata sumber yang enggan mendedahkan identitinya kepada Defence Security Asia.
Baru-baru ini, Menteri Pertahanan telah menerima kunjungan hormat duta Kuwait ke Malaysia, Rashed Mohammed Rashed ALSALEH dan antara topik perbincangan antara mereka meliputi soal hasrat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk memperolehi pesawat-pesawat pejuang F/A-18 Hornet milik Tentera Udara Kuwait.

Comments are closed.