Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Super Hornet Vs Rafale-Marine Untuk Kapal Pengangkut Pesawat India

Tentera Laut India mempunyai satu lagi kapal pengangkut pesawat dinamakan "INS Vikramaditya" yang menggunakan pesawat pejuang MiG-29K yang khusus untuk operasi di kapal pengangkut pesawat. Bagaimanapun pesawat MiG-29K itu akan ditamatkan perkhidmatannya pada 2034 ini.

0 1,975

(DEFENCE SECURITY ASIA) –Persaingan untuk membekalkan pesawat pejuang bagi digunakan kapal pengangkut pesawat Tentera Laut India “INS Vikrant” (ski-jump) yang dijangkakan memulakan operasinya pada Ogos tahun ini, kini adalah di antara Boeing daripada Amerika Syarikat dan Dassault Aviation daripada Perancis.

“INS Vikrant” seberat 40,000 tan telah pun selesai menjalani kerja-kerja pembinaannya dan kini sedang mengadakan pelbagai ujian teknikal di Lautan Hindi dan Laut Arab.

Tentera Laut India mempunyai satu lagi kapal pengangkut pesawat dinamakan “INS Vikramaditya” (bekas kapal pengangkut pesawat Russia – Admiral Gorskov) yang menggunakan pesawat pejuang MiG-29K yang khusus untuk operasi di kapal pengangkut pesawat.

Vikrant
INS Vikrant

 

Bagaimanapun pesawat MiG-29K itu akan ditamatkan perkhidmatannya pada 2034 ini.

Diatas sebab itulah India mula mencari pesawat pejuang baru yang akan beroperasi di kapal pengangkut pesawat terbarunya, INS Vikrant.

Syarikat Boeing dan Dassault Aviation merupakan dua syarikat aeroangkasa yang berminat untuk membekalkan pesawat pejuang keluaran mereka iaitu, Super Hornet dan Rafale untuk beroperasi daripada dek penerbangan kapal “INS Vikrant.”

Syarikat aeroangkasa Amerika Syarikat akan mengirimkan dua buah pesawat Super Hornet yang khusus untuk operasi di kapal pengangkut pesawat ke Goa, India untuk mengadakan demonstrasi operasi di laut kepada Tentera India.

MiG-29K
Pesawat MiG-29K mendarat di atas kapal pengangkut India, INS Vikramaditya.

 

Kedua-dua buah pesawat yang dibangunkan oleh Boeing itu adalah daripada varian Block III, yang merupakan varian paling canggih kepada pesawat Super Hornet.

Pesawat itu datang dengan kemampuan jaringan (networking) yang amat canggih dan rekabentuk “open architecture” bagi membolehkan ia beroperasi bersama-sama pesawat P-8 Poseidon yang turut dihasilkan oleh syarikat pengeluar pesawat atau mana-mana pesawat buatan Amerika.

Pada ketika ini Amerika Syarikat mengoperasikan kira-kira 800 buah pesawat Super Hornet dan EA-Growler, sebuah pesawat yang khusus direkabentuk untuk menangani ancaman peperangan elektronik pihak musuh.

Rafale
Pesawat Rafale-Marine

 

Pada ketika ini, pesawat Super Hornet itu hanya digunakan oleh Amerika Syarikat, Kuwait dan India.

Bagi syarikat Dasault Aviation pula, ia menawarkan pesawat Rafale-M (Marine) kepada India bagi membolehkan pesawat itu beroperasi di kapal pengangkut pesawat tentera laut India, INS Vikrant.

Berlainan dengan pesawat Super Hornet yang belum pernah melaksanakan latihan  di India, pesawat Rafale-M itu telah pun melakukan latihan operasi kapal pengangkut pesawat di Goa. 

Tentera Udara India telah pun menggunakan pesawat Rafale, yang kini ditempatkan di pangkalan udaranya di sempadan berhampiran China. — DSA

 

 

Comments
Loading...