Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Malvus Sense Sdn Bhd, Kepakaran Tempatan Dalam Sistem UAS

Pada 2017, sebuah syarikat tempatan Malvus Sense Sdn Bhd telah melancarkan antara usaha pemetaan secara digital yang terbesar dalam sejarah, mencakupi keluasan sebanyak 7,200 km persegi di Semanjung Malaysia.

0 3,746

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Teknologi dron membolehkan pengurusan autonomi data ruang udara bagi tujuan ketenteraan, komersil dan persekitaran sukar

Pada 2017, sebuah syarikat tempatan Malvus Sense Sdn Bhd telah melancarkan antara usaha pemetaan secara digital yang terbesar dalam sejarah, mencakupi keluasan sebanyak 7,200 km persegi di Semenanjung Malaysia.

Usaha tersebut merupakan yang pertama di mana sesebuah dron digunakan untuk memetakan sebuah kawasan yang luas di negara ini melalui sensor “light detection and ranging” atau lebih dikenali sebagai LiDar, yang juga dikenali sebagai pengimbasan laser atau pengimbasan 3D.

Malvus Sense
Salah satu sistem Unmanned Aerial System daripada syarikat tempatan Malvus Sense Sdn Bhd.

 

Teknologi tersebut menggunakan pancaran laser untuk menjanakan imej 3D bagi kawasan yang terlibat.

Sensor LiDar memancarkan gelombang cahaya berdenyut ke persekitaran di mana ia akan memantulkan objek di sekeliling kepada sensor tersebut.

Sensor tersebut seterusnya akan membuat pengiraan terhadap jarak yang dilalui. Proses ini akan diulangi sebanyak jutaan kali per saat bagi menggarap peta persekitaran 3D yang tepat .

Malvus Sense
Salah satu sistem Unmanned Aerial System daripada syarikat tempatan Malvus Sense Sdn Bhd.

 

Sejurus selepas pandemik pada 2022, Malvus yang beribupejabat di Kajang, Selangor sekali lagi menjadi perintis kepada teknologi pemetaan yang cemerlang apabila ia menggunakan Teknologi Pemetaan Pembebasan Magnetik (Magnetometer) untuk mengesan dan memetakan objek metalik di bawah permukaan tanah seperti laluan paip.

Projek tersebut turut menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV).

Beberapa buah institusi juga pernah mencadangkan penggunaan sensor bagi mengesan objek metalik untuk operasi mencari dan menyelamat seperti semasa kejadian kapal terbang atau helikopter terhempas di kawasan hutan tebal atau di dalam laut.

Malvus Sense
(malvusense.com.my)

 

Setakat ini, Malvus masih belum terlibat dalam operasi pencarian sedemikian. 

Menggunakan teknologi metaverse, jurutera di Malvus masih lagi memproses data 3D yang diperoleh bagi mengurangkan risiko terhadap keselamatan, di samping kos dan masa yang diperlukan semasa lawatan semula ke kawasan atau objek yang pernah disasarkan.

Syarikat Malvus Sense ditubuhkan pada 2016 oleh sekumpulan jurutera dan usahawan bercita-cita tinggi dengan visi untuk mengaplikasi teknologi pencetus di dalam aktiviti perniagaan.

Malvus Sense
(malvusense.com.my)

 

Malvus itu adalah nama singkatan kepada ​’Malaysia Vision Unmanned System’​.

Segmen perniagaan syarikat Malvus Sense terbahagi kepada tiga unit utama iaitu perolehan data dan perkhidmatan analitik, pemasangan sistem Unmanned Aerial System (UAS), pembuatan, penjualan dan penyelenggaraan and perlesenan juruterbang sistem UAS serta latihan.

Syarikat Malvus Sense Sdn Bhd juga akan terlibat di dalam pameran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022, yang akan bermula Isnin ini hingga Khamis di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) di Kuala Lumpur.

Malvus Sense
Salah satu sistem Unmanned Aerial System daripada syarikat tempatan Malvus Sense Sdn Bhd.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Syarikat tempatan yang pakar di dalam perkhidmatan membabitkan sistem Unmanned Aerial System itu boleh dihubungi di: +03-8922 0067 atau +03-8922 0067 atau emel di: admin@malvusense.com.my

Syarikat tempatan itu akan mempamerkan beberapa produk dan perkhidmatannya pada pameran DSA dan NATSEC ASIA 2022 bermula Isnin ini.

Lebih 1,000 syarikat dari 60 negara termasuk Amerika Syarikat, India, Jerman, Poland, Switzerland, Perancis, Sepanyol, Thailand dan Austria. — DSA

Malvus Sense
malvusense.com.my
Comments
Loading...