Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jepun Pertingkat Keupayaan Peluru Berpandu Untuk Bedil Musuh “Terdekat”

Tentera Jepun juga bersetuju untuk meningkatkan jarak peluru berpandu kruis Type-12 itu daripada 200km pada ketika ini kepada 1,000km dan menempatkannya di pulau-pulau di selatan negara bagi membolehkannya membedil kawasan-kawasan pantai China, sekiranya konflik terjadi di antara kedua-dua negara.

0 1,663

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Berang dengan tindakan China melancarkan peluru berpandu ballistik ke arah perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) miliknya berhampiran Pulau Okinawa awal bulan ini, kerajaan Jepun kini bercadang membina lebih daripada 1,000 peluru berpandu kruis Type-12 dan meningkatkan keupayaannya bagi membolehkan ia membedil sasaran musuh terdekatnya.

Tentera Jepun juga bersetuju untuk meningkatkan jarak peluru berpandu kruis Type-12 itu daripada 200km pada ketika ini kepada 1,000km dan menempatkannya di pulau-pulau di selatan negara bagi membolehkannya membedil kawasan-kawasan pantai China, sekiranya konflik terjadi di antara kedua-dua negara.

Selain boleh dilancarkan menggunakan pelancar daratan, peluru berpandu kruis Type-12 itu juga berkemampuan dilancarkan daripada kapal-kapal perang dan pesawat-pesawat pejuang, sekaligus menjadikan kedudukan tentera China dan Korea Utara di negara masing-masing termasuk dalam radius sasarannya.

Type 12

Akhbar-akhbar Jepun mengatakan kerajaan Jepun akan memberikan peruntukan terhadap usaha peningkatan keupayaan peluru berpandu Type-12 itu dalam belanjawan tahun 2023 yang akan dibentangkan pada akhir bulan ini.

Beijing melancarkan 11 butir peluru berpandu ballistik ke arah Taiwan, sebagai reaksi kerasnya atas lawatan kontroversial speaker Amerika Syarikat Nancy Pelosi ke pulau itu yang masih dianggap sebagai sebahagian daripada milik China.

Lima daripada 11 butir peluru berpandu ballistik yang dilancar China kearah Taiwan itu dikesan “mendarat” di perairan ZEE Jepun berhampiran Pulau Okinawa yang turut menempatkan puluhan ribu anggota tentera Jepun bersama aset-asetnya.

DF-16
China telah melancarkan 11 peluru berpandu balistik ke arah kedudukan berhampiran pulau Taiwan.

 

Pelancaran peluru-peluru berpandu ballistik itu merupakan sebahagian daripada latihan tentera yang dilancarkan oleh China sebagai reaksi terhadap kunjungan Pelosi ke Taiwan.

Menurut maklumat, China memiliki kira-kira 300 butir peluru berpandu kruis lancaran darat dan kira-kira 1,900 peluru berpandu ballistik yang boleh dilancarkan terhadap Jepun.

Korea Utara pula dipercayai memiliki ratus peluru berpandu ballistik yang boleh digunakan untuk membedil Jepun.

F-15
Pesawat F-15J Tentera Udara Jepun.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Type 12

Jepun tidak memiliki peluru berpandu jarak jauh, tetapi peningkatan keupayaan peluru berpandu kruis Type-12 itu dengan jarak bedilan yang lebih adalah selari dengan usahanya untuk memperolehi keupayaan “strike capability” terhadap pangkalan-pangkalan tentera dan pusat kawalan serta pemerintahan musuhnya.

Pengkritik kepada usaha Jepun memiliki keupayaan “strike capability” itu mendakwa tindakan Tokyo itu menunjukkan negara Matahari Terbit itu mulai meninggalkan dasar Pacifist yang melarang tenteranya daripada memiliki kemampuan untuk menyerang. — DSA

 

Jom folow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

Comments
Loading...