Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Lanza Radar LTR-25 Keluaran Indra, “Berkemampuan Dan Berkeupayaan”

Defence Security Asia difahamkan bahawa Kementerian Pertahanan telah pun menyenarai pendek dua syarikat pembekal radar pertahanan udara jarak jauh bagi tender berkenaan, dengan salah satunya adalah syarikat Indra yang berpengkalan di Madrid, Sepanyol yang menawarkan Lanza Radar LTR-25.

0 3,293

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada pertengahan tahun lepas, Kementerian Pertahanan telah mengiklankan tender untuk mendapatkan sebuah radar pertahanan udara jarak jauh (long-range air defence radar) bagi kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Tender itu telah ditutup pada 30 Ogos, 2021 dan proses perolehannya telah berjalan dengan lancar dengan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dikatakan baru sahaja selesai menjalankan penilaian fizikal terhadap radar-radar yang disenarai pendek itu.

Defence Security Asia difahamkan bahawa Kementerian Pertahanan telah pun menyenarai pendek dua syarikat pembekal radar jarak jauh bagi tender berkenaan, dengan pemenang tender itu bakal diumumkan pada jangkamasa terdekat.

Indra
Lanza Radar LTR-25, merupakan radar pertahanan udara jarak jauh keluaran syarikat Indra berpengakalan di Sepanyol yang ditawarkan kepada TUDM.

 

Salah satu daripada syarikat yang disenarai pendek sebagaimana dimaklumkan kepada admin adalah, Indra yang berpengkalan di Sepanyol dan merupakan antara pemain utama di dalam teknologi radar di Eropah dan Asia Pasifik.

Indra (bukan syarikat India) merupakan pemain besar di dalam sektor pembuatan radar (tentera dan komersial) di Eropah dan seluruh dunia.

Radar-radar keluaran syarikat Indra itu telah digunakan oleh banyak negara di seluruh dunia, sama ada untuk sektor pertahanan atau komersial.

Indra
Lanza Radar LTR-25 boleh dibawa menaiki pesawat pengangkut dan dikerah ke mana-mana lokasi.

 

Malah,negara-negara pengeluar sistem radar seperti Perancis, Turki, Korea Selatan, United Kingdom, India dan beberapa negara lain telah meletakkan kepercayaan mereka kepada sistem-sistem radar tentera dan komersial keluaran syarikat Indra ini.

Bagi tender radar pertahanan udara jarak jauh yang bakal dioperasikan oleh TUDM, syarikat Indra menawarkan “Lanza Radar LTR-25” yang merupakan sistem radar moden, full solid-state 3D radar yang dibangunkan hasil pengalaman puluhan tahun syarikat di dalam bidang berkenaan.

Ia adalah sebuah radar L-Band, berkemampuan ECCM, anti-clutter, mesra-pengguna, pengesanan dan penjejakan Tactical-Ballistic Missile (TBM).

Indra

Admin difahamkan bahawa radar pertahanan udara jarak jauh ini bakal ditempatkan di Bintulu, untuk menjadi “mata dan telinga” negara di Laut China Selatan.

Bintulu juga bakal menempatkan pangkalan udara “Bare Bone Base” TUDM yang dirancang di bina di bawah Rancangan Malaysia ke-12 ini serta Markas Wilayah 4 (MAWILLA 4) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Antara spesifikasi Lanza Radar LTR-25 keluaran syarikat Indra ini adalah ia berkeupayaan mengesan pesawat (non-cooperative aircraft) sejauh 250 batu nautika (kira-kira 460km) walaupun di dalam keadaan cuaca buruk dan keadaan suasana Electronic Counter Measures (ECM) yang teruk.

Indra
Indra merupakan antara pemain utama sistem radar di Eropah dan berpengkalan di Sepanyol.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Radar keluaran Indra ini boleh dikerah untuk beroperasi ke sesuatu lokasi dalam tempoh kurang dua jam, dengan dua buah trak membawa sistem berkenaan boleh diangkut oleh hanya sebuah pesawat pengangkut C-130 ke mana-mana lokasi.

Kemudahan dikerahkan ke mana-mana lokasi sebagaimana dikehendaki oleh Kementerian Pertahanan adalah salah satu keperluan penting yang digariskan oleh Kementerian Pertahanan dalam perolehan radar pertahanan udara jarak jauh.

Lanza Radar LTR-25 sememangnya direkabentuk untuk mudah dikerah ke mana-mana lokasi.

Selain pesawat C-130, radar jarak jauh keluaran Indra itu boleh dikerah menggunakan jalan darat, kereta api, jalan laut antaranya.  — DSA

Comments
Loading...