Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Turki Bina Kapal Selam Sendiri “MILDEN”, Bawa Peluru Berpandu Kruis

Usaha membina enam buah kapal selam “MILDEN” (kapal selam kebangsaan) itu dijangka bermula pada tahun 2025, bagi menambah satu lagi produk keluaran industri pertahanan Turki untuk dipasarkan ke seluruh dunia.

0 4,528

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Industri pertahanan Turki terus mengorak langkah ke hadapan dengan usaha membangunkan kapal selam buatan tempatan yang dipanggil “MILDEN” atau “Milli Denizalti” (National Submarine).

Usaha membina enam buah kapal selam “MILDEN” (kapal selam kebangsaan) itu dijangka bermula pada tahun 2025, bagi menambah satu lagi produk keluaran industri pertahanan Turki untuk dipasarkan ke seluruh dunia.

Kapal-kapal selam buatan tempatan Turki itu dibina oleh Golcuk Naval Shipyard, yang kini sedang membina enam buah kapal selam-kelas Reis berdasarkan kepada rekabentuk kapal selam Type-214TN buatan Jerman.

MILIDEN

Sebelum ini, Golcuk juga terlibat dalam pembinaan 11 buah kapal selam Type-209 rekabentuk Jerman, menjadikan syarikat Turki itu sebagai amat berpengalaman dan berpengetahuan di dalam aspek pembinaan kapal selam.

Rekabentuk di antara kapal-kapal selam kelas-Reis dan MILDEN adalah hampir sama,kecuali enam buah kapal selam buatan tempatan itu adalah lebih besar dan lebih berkemampuan daripada segi sistem persenjataannya.

Kapal selam buatan sendiri Turki ini akan memiliki berat 2,700 tan berbanding 1,860 tan bagi kapal-kapal selam kelas-Reis yang mengikut rekabentuk Type-214TN buatan Jerman.

Untuk perbandingan, kapal-kapal selam Scorpene-kelas Perdana Menteri milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memiliki berat kira-kira 2,000 tan.

scorpene
Kapal selam Scorpene kelas-Perdana Menteri milik TLDM

 

Menurut pemerhati pertahanan di Turki, sebab utama mengapa kapal selam MILDEN buatan Turki itu lebih besar dan lebih berat berbanding kapal-kapal selam terdahulu dimilikinya adalah kerana ia sistem persenjataanya.

Kapal-kapal selam MILDEN itu direkabentuk untuk membawa persenjataan yang lebih berkemampuan.

Pemerhati pertahanan berkata bahawa kapal-kapal selam buatan tempatan itu akan membawa peluru berpandu kruis “GEZGIN” buatan Turki yang direka untuk menyerupai peluru berpandu kruis “Tomahawk” buatan Amerika Syarikat atau “Kalibr” buatan Russia.

MILDEN

Peluru berpandu “GEZGIN” itu dikatakan berupaya membedil sasaran darat sejauh 1,000km, memberikan Turki kemampuan “deep-strike” terhadap aset-aset dan infrastruktur yang dimiliki oleh musuhnya.

Selain peluru berpandu kruis, kapal-kapal selam MILDEN itu juga akan dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” yang boleh membedil sasaran sejuah lebih daripada 200km serta torpedo berat buatan tempatan dinamakan “AKYA.”

Tentera Laut Turki sedang menggantikan peluru berpandu-anti kapal “Harpoon” yang dilengkapkan pada kapal-kapal perangnya dengan dengan peluru berpandu anti-kapal ATMACA. 

 

MILDEN
Peluru berpandu “GEZGIN”

 

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Google Play

ATMACA
ATMACA

 

Sama seperti kapal-kapal selam kelas-Reis yang dibina oleh Golcuk Shipyard, kapal-kapal selam MILDEN yang akan mula dibina pada 2025 akan dilengkapi dengan AIP (Air Independent Power) bagi membolehkan ia berada di bawah permukaan air lebih lama tanpa perlu naik ke permukaan untuk caj semula baterinya.

Kapal-kapal selam MILDEN itu bakal menggunakan sebahagian besatnya peralatan sonar, sistem kombat dan decoy buatan syarikat-syarikat Turki. — DSA

 

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

Comments
Loading...