“Latihan Bersama Bukti Kepercayaan, Kerjasama Tentera China-Russia Di Tahap Tinggi”
Selain itu, latihan bersama terbabit bermatlamat sebagai persediaan untuk menangani ancaman oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera China dan Russia hari ini memulakan latihan bersama berskala besar di utara China yang membuktikan kepercayaan dan kerjasama tinggi antara kedua-dua angkatan tentera dalam menangani masalah keselamatan di Asia Tengah berikutan pengunduran “tidak bertanggungjawab” dan mendadak tentera Amerika daripada Afghanistan.
Selain itu, latihan bersama terbabit bermatlamat sebagai persediaan untuk menangani ancaman oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.
Latihan bersama yang membabitkan 10,000 anggota tentera kedua-dua negara itu dinamakan “Zapad-Interaction 2021” dan diadakan di Qingtongxia Combined Arms Tactical Base di Wilayah Autonomi Ningxia Hui, di utara China.
Bagi menandakan tahap kepercayaan dan kerjasama yang tinggi antara anggota tentera kedua-dua negara, China turut menghantar pesawat pejuang paling modennya iaitu Chengdu J-20 untuk menyertai latihan bersama itu.
Ini adalah kali pertama pesawat Gen-5 China itu terlibat dalam apa-apa latihan bersama dengan negara asing.
Beijing juga membenarkan tentera Russia menggunakan kelengkapan tentera China sepanjang latihan itu, dalam apa yang didakwanya sebagai satu lagi tanda kepercayaan tingginya terhadap Russia.
Menurut penganalisis tentera yang berpengkalan di Beijing, Song Zhongping kepada akhbar Global Times, memandangkan pesawat pejuang J-20 itu adalah kelengkapan tentera paling moden China maka pembabitannya dalam latihan bersama dengan Russia itu menunjukkan tahap kepercayaan di antara Beijing dan Moscow adalah amat tinggi.
“Latihan bersama itu akan membolehkan kedua-dua pihak lebih memahami cara peperangan masing-masing dan memupuk kerjasama antara satu sama lain dalam operasi tentera pada masa depan dan misi anti-terrorisme,” kata seorang lagi pakar tentera di Beijing, Wei Dongxu kepada akhbar itu.
Selain latihan bersama “Zapad Interaction 2021”,tentera China juga akan menganjurkan beberapa acara di dalam International Army Games 2021 yang bakal turut disertai oleh tentera Russia dan beberapa tentera negara lain termasuk Belarus,Uzbekistan dan Iran.
China turut menghantar anggota tenteranya ke Russia untuk terlibat dalam beberapa latihan bersama dengan negara itu seperti Vostok 2018, Tsentr 2019 dan Kav Kaz 2020, yang juga bertujuan mengeratkan lagi kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara itu.
Comments are closed.