Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

40 Anggota Special Air Service (SAS) British Buru Militan Houthi Di Yemen

Dalam serangan dron berani mati terhadap kapal tangki itu, seorang rakyat British dikenali dengan nama, Adrian Underwood yang juga merupakan bekas anggota tentera negara itu dan seorang rakyat Romania telah terbunuh.

0 1,504

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Media di Britain hari ini melaporkan bahawa kira-kira 40 orang anggota komando SAS (Special Air Service) tentera darat negara itu telah pun berada di Yemen untuk memburu militan Houthi yang disyaki bertanggungjawab terhadap insiden serangan dron terhadap sebuah kapal tangki “Mercer Street” di perairan Oman seminggu lepas.

Dalam serangan dron berani mati terhadap kapal tangki itu, seorang rakyat British dikenali dengan nama, Adrian Underwood yang juga merupakan bekas anggota tentera negara itu dan seorang rakyat Romania telah terbunuh.

Kapal tangki “Mercer Street” yang sedang dalam pelayaran daripada Tanzania ke Emiriah Arab Bersatu itu dioperasikan oleh syarikat Zodiac Maritime yang dimiliki oleh bilionair Israel, Eyal Ofer.

Menurut akhbar Daily Express, pasukan komando SAS British itu dipercayai telah berada di timur Yemen sejak semalam untuk memburu militant Houthi yang dipercayai bertanggungjawab melancarkan serangan dron berani mati terhadap kapal tangki itu diatas arahan daripada Iran.

Pasukan khas Amerika Syarikat yang berada di Timur Tengah juga dipercayai membantu operasi khas komando SAS British itu.

Mercer Street

Ia juga berkata, di antara anggota pasukan komando SAS itu termasuklah pakar-pakar elektronik untuk memintas perhubungan atau sebarang bentuk komunikasi di kalangan militant Houthi.

Panglima Angkatan Tentera British Jeneral Nick Carter dilaporkan berkata bahawa pihak Iran bertanggungjawab terhadap serangan itu dan mahukan pihak antarabangsa memberi respons yang keras terhadap Iran.

Iran didakwa telah membekalkan dron-dron berani mati jarak jauh kepada militant Houthi yang disokongnya untuk mengancam kapal-kapal dagang yang belayar di laluan perdagangan yang sibuk di Timur Tengah itu.

Mercer Street
Kesan kemusnahan akibat serangan dron berani mati terhadap kapal tangki “Mercer Street.”

 

Militan Houthi sememangnya merupakan sekutu kuat Iran di Yemen.

Pihak perisikan Barat percaya dron yang dipasang dengan bahan letupan itu telah dilancarkan daripada timur Yemen dan dikawal oleh militant negara Arab itu.

Kejadian berlaku pada 30 Julai lepas, kira-kira 125 batu nautika daripada pelabuhan Duqm di utara Oman.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...