Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bozdogan Bukti Kemampuan Teknologi Turki

Ia selepas peluru berpandu udara-ke-udara buatan tempatan "Bozdogan" berjaya menepati sasaran selepas dilancarkan buat pertama kali oleh pesawat F-16 Fighting Falcon Tentera Udara Turki.

0 2,559
(DEFENCE SECURITY ASIA) -Turki muncul antara beberapa negara di dunia yang memiliki kemampuan teknologi untuk menghasilkan peluru berpandu udara-ke-udara, menurut Presiden Recep Tayyep Erdogan.
Ia selepas peluru berpandu udara-ke-udara buatan tempatan “Bozdogan” berjaya menepati sasaran selepas dilancarkan buat pertama kali oleh pesawat F-16 Fighting Falcon Tentera Udara Turki.
“Peluru berpandu Within Visual Range ‘Bozdugan’ yang dibangunkan oleh jurutera muda kami di Göktuğ projek telah berjaya membedil sasarannya selepas dilancarkan buat pertama kali,” katanya.
Beliau turut berkongsi video memaparkan pelancaran peluru berpandu within visual range air-to-air missile (WVRAAM), Bozdoğan.
Dalam ujian pelancaran itu, Bozdoğan berjaya mengenai sasaran iaitu sebuah dron yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI) dengan tepat.Peluru berpandu Bozdoğan bakal memasuki perkhidmatan Angkatan Tentera Turki selepas ia selesai ujian pelancaran dan proses integrasi dengan pesawat.
Bozdoğan dengan satu lagi peluru berpandu buatan tempatan iaitu Beyond Visual Range (BVR) Gökdoğan dibangunkan dibawah Göktüğ project yang dijalankan oleh Scientific and Technological Research Council of Turkey’s (TÜBITAK) Defense Industries Research and Development Institute (SAGE).
Usaha SAGE untuk membangunkan peluru berpandu udara-ke-udara bermula seawal 2013. Ia membangunkan Bozdogan sebagai peluru berpandu jarak dekat, high maneuverability, infra-red seeker manakala Gozdogan sebagai peluru berpandu long-range dan active radar seeker.
— DEFENCE SECURITY ASIA
Comments
Loading...