(VIDEO) Kumpulan Bersenjata Houthi Dedah USV Terbarunya Dinamakan “Toofan-1”, Sedia Bedil Kapal-Kapal Musuh
(VIDEO) Kumpulan Houthi di Yemen telah membangunkan bot tanpa pemandu (Uncrewed Surface Vessel – USV) dinamakan “Toofan-1”, yang sudah pasti akan digunakan terhadap kapal-kapal perang asing dan kapal komersial yang belayar di Laut Merah.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kumpulan Houthi di Yemen telah membangunkan bot tanpa pemandu (Uncrewed Surface Vessel – USV) dinamakan “Toofan-1”, yang sudah pasti akan digunakan terhadap kapal-kapal perang asing dan kapal komersial yang belayar di Laut Merah.
Ia juga telah menyiarkan gambar-gambar dan video menunjukkan USV “Toofan-1” itu membedil sebuah kapal semasa demonstrasi yang diadakan di perairan tidak didedahkan di Yemen baru-baru ini.
Pejuang Houthi itu juga telah mengeluarkan video menunjukkan USV miliknya yang tidak dinamakan telah membedil sebuah kapal kargo M/V Tutor di Laut Merah sehingga menyebabkan ia tenggelam tidak lama selepas itu.
Kumpulan bersenjata itu menyatakan bahawa USV “Toofan-1” itu dibangunkan menggunakan kepakaran tempata dan amat lincah ketika beroperasi di atas permukaan perairan.
Video itu telah disiarkan oleh stesen televisyen yang pro kepada Houthi dinamakan “Masirah.”
Hanya sehari selepas kapal kargo M/V Tutor itu dibedil, sebuah lagi kapal kargo M/V Verbena yang mengibarkan bendera Palau tetapi dimiliki oleh syarikat Poland telah dibedil menggunakan dua butir peluru berpandu oleh kumpulan Houthi itu.
Serangan tersebut telah menyebabkan kapal kargo itu mengalami kebakaran dan kegagalan dikawal.
Sementara itu penganalisi menyatakan bahawa rekabentuk USV “Toofan-1” milik Houthi itu juga adalah hampir sama dengan USV yang kerapkali digunakan oleh Ukraine untuk membedil kapal-kapal perang Russia di Laut Hitam.
Menurut kapsyen di dalam video yang disiarkan oleh kumpulan bersenjata disokong oleh Iran itu, USV “Toofan-1” miliknya itu membawa kira-kira 150kg bahan letupan dan ia berkeupayaan meluncur selaju 35 knots.
USV Houthi itu dipercayai menggunakan enjin bot komersial untuk kegunaan optimal bagi membedil sasaran maritim sama ada yang tidak bergerak atau bergerak.
Comments are closed.