Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kuching, Tawau Nyaris Jadi Mangsa “Serangan Udara” Pesawat Pengebom Indonesia

Dokumen rahsia Tentera Amerika telah menerangkan dengan terperinci situasi tegang Konfrontasi di antara Malaysia dan Indonesia, dengan pesawat-pesawat pengebom buatan Soviet Union jenis TU-16 Badger Indonesia telah “mengelilingi (circled)” bandar Kuching dan Tawau pada kemuncak konfrontasi antara dua negara berjiran itu.

0 7,505

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Hampir semua orang rakyat Malaysia mengetahui tentang insiden konfrontasi di antara Malaysia dengan Indonesia pada tahun 1963, tetapi mungkin tidak ramai yang tahu bahawa Kuching dan Tawau nyaris menjadi sasaran serangan udara oleh pesawat-pesawat pengebom Indonesia pada zaman genting ketika  itu.

Satu dokumen yang ditandatangani oleh pegawai kanan Tentera Udara Amerika Syarikat, Kolonel C.M. Mount Jr bertarikh 11 Disember 1963 bertajuk “The Joint Chiefs of Staff Operations Directorate Joint Staff, Washington” telah menerangkan tentang situasi tegang antara dua negara jiran Asia Tenggara pada ketika itu.

Pada ketika itu Mount Jr adalah Ketua Divisyen Pasifik di Operations Directorate, Tentera Udara Amerika Syarikat.

Dokumen yang pada ketika itu rahsia telah menerangkan dengan terperinci situasi tegang Konfrontasi di antara Malaysia dan Indonesia, dengan Mount memaklumkan bahawa sebuah pesawat pengebom jarak sederhana buata Soviet Union jenis TU-16 Badger Tentera Indonesia telah “mengelilingi (circled)”  Bandar Kuching pada 6 Disember 1963.

Dokumen yang sama itu juga menyatakan bahawa sebuah lagi pesawat pengebom TU-16 Badger turut berbuat perkara yang sama atau “buzzed” atau “encircled” bandar Tawau di pantai timur Sabah pada 7 Disember 1963, menimbulkan kemungkinan bahawa kedua-dua bandar Malaysia akan menjadi mangsa serangan udara pihak tentera Indonesia.

 

Konfrontasi

 

Sebagaimana yang kita tahu, Indonesia yang pada ketika itu dipimpin oleh nasionalis Soekarno adalah seorang pemimpin yang  di”heavily influenced” dengan fahaman komunisme dan oleh kerana itulah Indonesia  mampu memperolehi pesawat-pesawat pengebom buatan Kesatuan Soviet yang pada ketika adalah antara yang paling berkemampuan di pasaran.

Konfrontasi antara Malaysia yang baru beberapa tahun memperolehi kemerdekaannya daripada British dengan Indonesia dibawah Soekarno berlaku ketika Perang Dingin antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat serta sekutunya.

Menurut pegawai kanan tentera Amerika Syarikat itu lagi, penerbangan kedua-dua pesawat pengebom buatan Kesatuan Soviet itu berkemungkinan untuk misi peninjauan dan bukan untuk melakukan misi pengeboman, kerana pesawat ini pernah dioperasikan untuk melaksanakan misi-misi peninjauan sebelum ini.

Bagaimanapun tidak ada pihak yang dapat memberikan sebarang kepastian mengenainya.

Beliau juga mengatakan pada 8 dan 9 Disember 1963,  sebanyak lapan buah helikopter tentera Indonesia telah dikesan  “menyeberangi” sempadan Sarawak  untuk meninjau kedudukan pasukan-pasukan keselamatan Sarawak.

 

Konfrontasi

 

Konfrontasi
Pesawat pengebom Tupolev TU-16 Badger.

 

Pegawai kanan tentera Amerika Syarikat itu seterusnya membuat penilaian bahawa tentera British dan Malaysia yang baru sahaja ditubuhkan pada ketika itu,  diketahui tidak mengambil sebarang  tindakbalas terhadap penerbangan “peninjauan” helikopter terbabit.

Menurut beberapa laporan, Kesatuan Soviet telah menjual sebanyak 26 buah TU-16KS (Badger B) yang dibuat oleh syarikat Tupolev kepada Indonesia pada tahun 1961 untuk melengkapkan dua skuadron pengebom. (Nos 41 dan Nos 42)

Pesawat pengebom yang dibeli  oleh Indonesia itu berkemampuan membawa dua buah peluru berpandu udara ke darat “AS-1 Kennel”.

Konfrontasi
Peluru berpandu AS-1 Kennel yang melengkapkan pesawat pengebom TU-16 Badget Tentera Indonesia.

 

Indonesia terus mengoperasikan pesawat TU-16 ini sehinggalah kesukaran mendapatkan alat-alat ganti menyebabkan Jakarta menghentikan penggunaan pesawat pengebom itu.

Terdapat juga laporan mengatakan pesawat TU-16 Indonesia ini melakukan penerbangan ke bandar-bandar Australia seperti Alice Springs pada tahun-tahun 1960-an (mungkin untuk melakukan perkara yang sama sebagaimana ia lakukan di Kuching dan Tawau).

Dengan 26 buah pesawat pengebom buatan Soviet Union di dalam pegangannya pada ketika itu, Indonesia tidak dapat dinafikan adalah sebuah kuasa tentera di Asia Tenggara pada ketika itu.

Konfrontasi
Situasi ketika Konfrantasi Malaysia-Indonesia.

 

 

 

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...