Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bantuan Keselamatan Jepun Kepada M’sia Hanya Libatkan Dron dan Bot Pemintas

“Sempadan maritim kami adalah luas, kami tidak boleh mewujudkan pos pengawal di setiap pulau.Maka, kami melihat kepada teknologi sedia ada dan mendapati dron nampaknya berkesan dan bot pemintas yang laju diperlukan untuk mengejar penceroboh dalam operasi menyelamat, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan sebagaimana dipetik Bernama.

0 7,009

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan bahawa Malaysia akan hanya diberikan dron dan bot-bot pemintas untuk pemantauan dan pengawasan sempadan maritimnya daripada Jepun di bawah Program Peningkatan Kapasiti Keselamatan (OSA) atau Official Security Assistance.

Beliau yang baru sahaja dilantik ke jawatan itu selepas setahun menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan sumbangan peralatan daripada Jepun itu tiada kena-mengena dengan memperkukuhkan pertahanan negara daripada sebarang ancaman.

“Sempadan maritim kami adalah luas, kami tidak boleh mewujudkan pos pengawal di setiap pulau.”

“Maka, kami melihat kepada teknologi sedia ada dan mendapati dron nampaknya berkesan, dan bot pemintas yang laju diperlukan untuk mengejar penceroboh dalam operasi menyelamat, katanya sebagaimana dipetik oleh agensi berita nasional, Bernama di Jepun hari ini.

Beliau sebelum itu menghadiri program bersama diaspora Malaysia di ibu negara Jepun, Tokyo.

Jepun
(kredit FB Mohamad Hasan)

 

Mohamad berkata demikian ketika mengulas laporan berita bahawa bantuan yang bakal diterima di bawah OSA itu adalah untuk meningkatkan keselamatan maritim Malaysia memandangkan negara-negara di Asia sedang berusaha menangkis ancaman terhadap perairan mereka.  

Beliau berkata, permohonan bantuan OSA kerajaan Jepun itu dikemukakan ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan untuk tujuan pemantauan sempadan perairan negara yang luas terutamanya pantai timur Sabah.

Pada pertemuan dua hari lepas, Perdana Menteri dan rakan sejawatnya daripada Jepun, Fumio Kishida turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum kerjasama di antara Malaysia dan Jepun, iaitu Exchange of Notes of the Official Security Assistance (OSA) Grant Aid di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Luar Negeri Jepun.

Mohamad menandatangani nota geran OSA itu mewakili Menteri Pertahanan. 

FIC
Bot Fast Interceptor Craft (FIC) milik TLDM yang baru. (gambar TLDM)

 

Sebelum penandatanganan dan pertukaran nota itu, diumumkan bahawa Jepun akan menyediakan peralatan pemantauan dan pengawasan kepada Malaysia.

Selain itu, pertukaran Memorandum of Cooperation on Space Development and Application di antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) turut diadakan.

Dalam lawatan Kishida ke Malaysia pada November lalu, Kishida menyuarakan kebimbangan terhadap percubaan untuk mengubah status quo secara kekerasan di Laut China Timur dan Selatan selain menegaskan kerjasama rapat dengan Malaysia dalam perkara ini. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

Comments
Loading...