Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Utara Hantar “Meriam Gergasi” M1989 170mm Koksan SPH ke Russia

Kehadiran kira-kira 50 buah meriam gergasi SPH (Self Propelled Howitzer) M1989 Koksan 170mm itu di Russia berkemampuan mengubah imbangan kuasa di medan peperangan berikutan kuasa tembakannnya yang padu dan juga jarak tembakannya yang boleh mencecah sehingga 60 km jika menggunakan peluru-peluru artilleri roket (Rocket Assisted Projectile).

5,736
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Foto-foto mulai tersebar menunjukkan kehadiran meriam-meriam gergasi milik Korea Utara, M1989 Koksan berkaliber 170mm di Russia selaras dengan kehadiran ribuan anggota tentera negara Asia Timur itu di Russia.
Kehadiran meriam-meriam gergasi Korea Utara di Russia itu tidak memeranjatkan kerana Pyongyang sememangnya diketahui telah mengirimkan pelbagai jenis senjata kepada negara sekutunya daripada peluru-peluru meriam sehinggalah kepada peluru berpandu dan roket untuk membantu tentera Russia di Ukraine.
Bukan sahaja  bantuan pelbagai jenis senjata, Korea Utara juga dilaporkan telah mengirimkan ribuan anggota tenteranya untuk membantu tentera Russia di Ukraine.
Hubungan ketenteraan di antara Moscow dan Pyongyang semakin erat sejak Russia menceroboh Ukraine, malah, Presiden Vladimir Putin dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un telah saling melawat negara masing-masing.
Kehadiran kira-kira 50 buah meriam gergasi SPH (Self Propelled Howitzer) M1989 Koksan 170mm itu di Russia berkemampuan mengubah imbangan kuasa di medan peperangan berikutan kuasa tembakannnya yang padu dan juga jarak tembakannya yang boleh mencecah sehingga 60 km jika menggunakan peluru-peluru artilleri roket (Rocket Assisted Projectile).
Jika menggunakan peluru-peluru standardnya, meriam gergasi Korea Utara itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 40km.
Korea Utara
M1989 Koksan SPH 170mm
Korea Utara
Anggota tentera Korea Utara di Russia
Pemerhati menyatakan bahawa foto-foto yang menunjukkan meriam-meriam gergasi Korea Utara itu berada di Krasnoyarsk di tengah Russia, di atas rel pengangkut keretapi yang dipercayai sedang menuju ke suatu lokasi yang tidak didedahkan.
Korea Utara dipercayai telah mula menggunakan meriam-meriam gergasi Koksan 170mm pada tahun-tahun 1970-an dan dengan kemampuan membedil sasaran sejauh 60km menggunakan peluru-peluru artilleri RAP, ia diiktiraf sebagai meriam yang menembak paling jauh di dalam angkatan tentera Korea Utara.
Meriam-meriam gergasi SPH Koksan 170mm itu juga dikatakan telah dieksport ke Iran dan digunakan secara ekstensif oleh anggota tentera negara Parsi itu dalan konflik panjangnya dengan Iraq pada 1980-an.
Malah terdapat juga laporan bahawa beberapa buah meriam gergasi itu telah berjaya dirampas oleh Iraq ketika peperangan antara dua negara berjiran itu.
Menurut para penganalisis, terdapat beberapa kemungkinan disebalik kehadiran meriam-meriam gergasi Koksan SPH 170mm itu di Russia, sebagaimana yang ditonjolkan oleh beberapa keping foto itu.
Korea Utara
Kim Jong-un ketika meninjau meriam gergasi Korea Utara M1989 Koksan SPH 170mm
Korea Utara
Antaranya, meriam-meriam gergasi buatan Korea Utara itu berkemungkinan berada di Russia untuk tujuan ujian atau digunakan oleh anggota tentera negara itu yang disahkan telah pun berada di negara itu, sama ada di Ukraine atau Wilayah Kursk.
Terdapat juga kemungkinan meriam-meriam gergasi Korea Utara itu bakal dihantar ke Ukraine, di mana Russia akan menggunakannya bagi membantu lagi unit-unit artilleri sedia adanya untuk menyerang kedudukan tentera Ukraine.
Penganalisismenyatakan bahawa Russia bakal mengecapi lebih banyak kelebihan di medan-medan pertempuran di Ukraine menerusi kehadiran meriam-meriam gergasi Korea Utara yang boleh menembak lebih jauh berbanding sistem artilleri milik Kiev. — DSA

Comments are closed.