Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kor Pengawal Revolusi Islam Iran Dedah Dron Berani Mati (Loitering Munitions) “Rezvan”

Dron berani mati “Rezvan” itu berkemampuan terbang selama 20 minit dan menurut laporan, perolehan dron berani mati itu adalah sebahagian daripada usaha melengkapkan unit elit tentera Iran dengan kira-kira 1,000 dron strategik pelbagai jenis.  

0 532
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) telah mendedahkan dron berani mati (loitering munitions) miliknya terbaru dinamakan “Rezvan”, yang berkemampuan membedil sasaran sasaran sejauh 20km.
Unit tentera elit Iran itu mendedahkan dron berani mati terbarunya pada hari terakhir latihan tentera dinamakan “Great Prophet 19” di barat negara itu.
Dron berani mati “Rezvan” itu berkemampuan terbang selama 20 minit dan menurut laporan, perolehan dron berani mati itu adalah sebahagian daripada usaha melengkapkan unit elit tentera Iran dengan kira-kira 1,000 dron strategik pelbagai jenis.
Dron berani mati Rezvan itu dilengkapi dengan kamera di bahagian depan yang menghantar imej selepas dilancarkan dari pelancar berbentuk silinder.
Ini membolehkan pengendali memilih dan menyerang sasaran.
Disebabkan kepelbagaian fungsi dan kebolehannya untuk digunakan dengan cepat, dron berani mati itu menyediakan kemampuan tindak balas pantas pada unit elit tentera Iran untuk melawan kumpulan pengganas, terutamanya di kawasan geografi pergunungan yang kompleks.
Rezvan
Rezvan
Menurut para penganalisis, dron berani mati Rezvan yang dilengkapi dengan electro-optical targeting system adalah hampir sama dengan dron berani mati Zala “ Product 53” buatan Russia dan siri dron berani mati Uvision Hero buatan Israel.
Dron berani mati (loitering munitions) atau kadang-kala dipanggil atau “munition hover,” adalah jenis senjata gabungan antara peluru berpandu dan dron.
Ia direka untuk berlegar-legar di kawasan sasaran untuk tempoh tertentu sebelum menyerang sasaran yang dikenal pasti.
Ciri utama loitering munitions ialah keupayaannya untuk mengintai, mengesan, dan menyerang sasaran secara langsung dengan ketepatan tinggi.
Ciri-Ciri Utama Loitering Munitions:
  1. Kemampuan Berlegar-Legar (Loitering):
    • Ia boleh berada di udara selama beberapa minit hingga beberapa jam, bergantung pada reka bentuknya, untuk menunggu peluang menyerang sasaran.
  2. Gabungan Fungsi Pengawasan dan Serangan:
    • Mempunyai kamera atau sensor untuk mengesan dan mengenal pasti sasaran sebelum menyerang.
    • Operasi boleh dikawal oleh manusia atau sepenuhnya automatik, bergantung kepada sistemnya.
  3. Serangan Berketepatan Tinggi:
    • Setelah sasaran dikenal pasti, loitering munitions akan menyerang sasaran dengan kepala peledak (warhead) yang dipasang.
  4. Mobiliti Tinggi:
    • Ia boleh dilancarkan dari pelbagai platform seperti kenderaan darat, kapal, atau terus dari kawasan pertempuran.
  5. Kos Efektif:
    • Loitering munitions biasanya lebih murah berbanding peluru berpandu konvensional atau sistem persenjataan lain yang lebih kompleks.
Rezvan
Rezvan

 

Kegunaan Utama:
  1. Serangan Sasaran Strategik:
    • Digunakan untuk memusnahkan sasaran seperti sistem radar, kenderaan berperisai, atau infantri musuh.
  2. Operasi Anti-Akses/Anti-Denial:
    • Membantu melumpuhkan sistem pertahanan musuh dengan serangan sasaran keutamaan.
  3. Operasi Gerila dan Perang Asimetrik:
    • Berguna untuk konflik di mana mobiliti dan kos efektif menjadi keutamaan.
Loitering munitions menjadi popular dalam konflik moden kerana ia mampu menyerang sasaran dengan lebih fleksibel dan menawarkan kelebihan taktikal dalam pertempuran. — DSA
Leave A Reply

Your email address will not be published.