Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

270 Ribu Orang Tandatangan Kontrak Berkhidmat Dengan Tentera Russia Secara Sukarela – Putin

Presiden Vladimir Putin yang mendedahkan perkara itu berkata, setiap hari di antara 1,000 hingga 1,500 individu menandatangani kontrak untuk berkhidmat secara sukarela dengan Angkatan Tentera Russia.

0 1,042

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Di dalam tempoh di antara enam hingga tujuh bulan, seramai 270,000 orang telah menandatangani kontrak untuk berkhidmat secara sukarela dengan Angkatan Tentera Russia.

Presiden Vladimir Putin yang mendedahkan perkara itu berkata, setiap hari di antara 1,000 hingga 1,500 individu menandatangani kontrak untuk berkhidmat secara sukarela dengan Angkatan Tentera Russia.

“Sebagaimana yang anda tahu, kita (kerajaan Russia) telah melaksanakan sebahagian daripada mobilisasi melibatkan 300,000 orang. Kini selepas di antara enam hingga tujuh bulan, seramai 270,000 orang telah menandatangani kontrak untuk berkhidmat secara sukarela dengan Angkatan Tentera Russia,” kata beliau.

Putin berkata demikian ketika menghadiri siding plenari Eastern Economic Forum (EEF) baru-baru ini.

Dengan kejayaan mendapatkan 270,000 sukarelawan angkatan tentera, kerajaan Russia menyatakan tiada keperluan untuknya memobilisasi 300,000 orang untuk perkhidmatan angkatan tentera negara itu.

Russia

Presiden Russia itu telah menandatangani dekri perlaksanaan sebahagian mobilisasi pada 21 September tahun lepas dan pada Oktober 28, Menteri Pertahanan negara itu Sergey Shoigu telah menyatakan bahawa proses perlaksanaan sebahagian mobilisasi telah selesai.

Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov sebahagian daripada keperluan Angkatan Tentera Russia itu telah diperolehi ketika perlaksanaan sebahagian daripada mobilisasi.

Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Russia Dmitry Medvedev dalam satu kenyataan berkata bahawa data-data daripada Kementerian Pertahanan negara itu menunjukkan bahawa seramai 231,000 telah diserapkan ke dalam perkhidmatan sukarelawan angkatan tentera sejak 1 Januari yang lalu.

Baru-baru ini, laporan daripada media tempatan di Nepal menyatakan bahawa ramai dikalangan etnik Gurkha yang terkenal dengan kemampuan dan keberanian mereka di medan perang telah memohon untuk menyertai tentera Russia.

Golongan muda Nepal tertarik untuk menyertai tentera Russia berikutan tawaran pekerjaan serta kewarganegaraan Russia kepada mereka yang menyertai tentera negara itu.

Pada 16 Mei yang lalu, Putin telah menandatangani dekri bagi memudahkan proses memperolehi kewarganegaraan negara itu selepas pemohon menamatkan perkhidmatan keselamatan selama setahun dengan Russia.

putin

Sejak pengumuman dekri itu, laporan media tempatan Nepal menyatakan bahawa ratusan etnik Gurkha terutamanya mereka yang baru sahaja menamatkan perkhidmatan tentera dengan Nepal telah memohon untuk menyertai tentera Russia

“Ini adalah suatu situasi yang membimbangkan. Kerajaan Nepal tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka memohon di dalam kapasiti individu,” penganalisis strategik Mejar Jeneral (Bersara) Binoj Basnyat yang pernah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Negara kepada media tempatan.

Kedutaan Nepal di Moscow tidak dapat berbuat apa-apa kerana pemohon etnik Gurkha itu memohon atas kapasiti individu manakala kerajaan Nepal pula tidak mempunyai sebarang perjanjian dengan kerajaan Russia.

Menurut Binoj lagi, sekiranya warga Nepal menjadi anggota tentera mana-mana negara berdaulat, ia perlu sebahagian daripada dasar luar negara atau sebahagian daripada Memorandum Persefahaman atau perjanjian di antara kerajaan Nepal dengan negara lain.

“Dalam isu ini, tiada sebarang perjanjian di antara Nepal dan Russia,” kata penganalisis strategik itu.Russia

Beliau berkata, disebabkan masalah pengangguran yang tinggi di Nepal maka ramai di kalangan golongan muda di negara tanah tinggi itu mudah tergoda untuk menyertai tentera Russia.

“Bilangan anak muda di Nepal yang mahu meninggalkan negara untuk mencari peluang pekerjaan semakin bertambah,” kata beliau sambil menambah, pekerjaan di dalam negara tidak menarik untuk golongan muda kerana keadaan persekitaran pekerjaan mereka yang buruk dengan gaji yang ditawarkan pula adalah rendah.

Platform media sosial seperti Tik Tok dan Telegram telah memaparkan video-video yang menunjukkan anak-anak muda Nepal menyertai pasukan tentera Russia.

Terdapat juga laporan mengatakan anak-anak muda Nepal turut menyertai Foreign Legion Perancis, tetapi permohonan untuk menyertai tentera Russia adalah lebih mudah berbanding menyertai sebuah angkatan tentera negara Eropah. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...