Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Su-27 Russia Hampir Tembak Jatuh Pesawat Pengintip Britain Tahun Lepas”

Pesawat pejuang Russia itu dilaporkan telah melancarkan dua butir peluru berpandu udara-ke-udara ke arah pesawat pengintip Britain itu, RC-135 Rivet Joint selepas menyangkakan kononnya telah diberikan “kebenaran” oleh pangkalannya untuk menembak jatuh pesawat pengintip itu.

0 1,173

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah pesawat pejuang Su-27 Russia cuba menembak jatuh pesawat pengintip milik Britain ketika ia sedang menjalankan misi perisikan di ruang udara antarabangsa di Laut Hitam pada 29 Sept tahun lepas, menurut laporan oleh stesen televisyen BBC.

Pesawat pejuang Russia itu dilaporkan telah melancarkan dua butir peluru berpandu udara-ke-udara ke arah pesawat pengintip Britain itu, RC-135 Rivet Joint selepas menyangkakan kononnya telah diberikan “kebenaran” oleh pangkalannya untuk menembak jatuh pesawat pengintip itu.

“Juruterbang pesawat Russia telah telah melancarkan dua butir peluru berpandu udara-ke-udara ke arah pesawat pengintip Britain itu, tetapi peluru berpandu pertama gagal menemui sasaran manakala peluru berpandu kedua pula gagal berfungsi dengan baik,” BBC.

Ketika diiminta mengulas mengenai insiden itu tahun lepas, Kementerian Pertahanan Russia menyatakan bahawa pelancaran peluru berpandu udara-ke-udara oleh sebuah pesawat pejuangnya terhadap pesawat pengintip Britain itu adalah disebabkan “kesilapan teknikal”.

Pada ketika itu, Kementerian Pertahanan Britain menerima “alasan” yang diberikan oleh Russia itu.

Russia

Namun kini, tiga sumber pertahanan memberitahu BBC memberikan gambaran yang berlainan tentang insiden itu berbanding kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Russia berkenaan insiden pada tahun lepas itu.

BBC memberitahu bahawa pesawat pengintip RC-135 Rivet Joint milik Britain membawa 30 orang penumpang telah didatangi oleh dua buah pesawat pejuang Su-27 Russia ketika ia sedang melakukan penerbangan di ruang udara antarabangsa di Laut Hitam.

Perbualan juruterbang pesawat pejuang Russia yang berjaya dipintas menunjukkan salah seorang juruterbang pesawat pejuang itu menyangka ia telah mendapat “kebenaran” daripada pangkalanya untuk mensasarkan pesawat pengintip Britain itu.

Juruterbang Russia itu telah melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara terhadap pesawat pengintip Britain itu, tetapi malangnya peluru berpandu itu telah tersasar.

Juruterbang pesawat pejuang Su-27 kedua Russia dikatakan telah memarahi juruterbang pesawat pejuang yang pertama dan menyatakan bahawa mereka tidak menerima apa-apa kebenaran untuk melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara.

Su-27

Bagaimanapun walau ketika “bergaduh” sesama sendiri, juruterbang pesawat pejuang pertama Su-27 itu masih melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara yang kedua kearah pesawat pengintip Britain itu.

Namun, peluru berpandu udara-ke-udara itu mengalami kegagalan teknikal dan hanya “jatuh” daripada pelancarnya sebaik sahaja ia dilancarkan.

Bagaimanapun perisikan Amerika Syarikat yang dipetik oleh akhbar The New York Times menyatakan bahawa insiden yang berlaku pada tahun lepas itu adalah “amat serius” dan boleh ditakrifkan sebagai “tindakan peperangan” (act of war).

Pegawai perisikan Amerika Syarikat itu menyatakan apa yang berlaku itu adalah “amat, amat menakutkan.”

Beliau juga menyatakan bahawa juruterbang pesawat pejuang Su-27 Russia yang pertama itu telah “salah anggap” arahan yang diberikan oleh pangkalannya . 

Russia

Pesawat pengintip pengesan RC-135V/W Rivet Joint menyediakan sokongan penting kepada entiti peringkat teater dan peringkat kebangsaan dengan menyampaikan keupayaan pengumpulan maklumat, analisis, dan pengedaran hampir secara real-time  dari lokas.

Pesawat ini merupakan varian yang telah diubah suai secara menyeluruh daripada platform C-135.

Perubahan yang menyeluruh dilakukan kepada Rivet Joint terutamanya berkaitan dengan kepakaran pengesanan di dalamnya, yang memberikannya keupayaan untuk tidak hanya mengesan tetapi juga mengenal pasti serta menentukan lokasi isyarat di seluruh spektrum elektromagnetik.

Selanjutnya, maklumat yang telah dikumpulkan boleh disebarkan dalam pelbagai format kepada pelbagai pengguna, didorong oleh infrastruktur komunikasi yang komprehensif dalam pesawat Rivet Joint.

Di dalamnya, pesawat ini mempunyai tempat duduk untuk lebih daripada 30 individu, termasuk juruterbang kokpit, pegawai peperangan elektronik, operator perisikan, dan jurutera penyelenggaraan semasa penerbangan. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...