Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Mej Jen Adi Ridzwan Ambil Alih Tampuk Panglima 21 Grup Gerak Khas

Anggota komando Grup Gerak Khas (GGK) yang sinonim dengan pemakaian Beret Hijau dengan lambang "Harimau Berjuang" dan Lanyard Biru itu adalah unit komando ulung dalam Tentera Darat Malaysia, terlatih untuk melaksanakan pelbagai misi mencabar di depan dan belakang garisan musuh.

13,973

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pasukan komando terulung Tentera Darat Malaysia, 21 Grup Gerak Khas (21 GGK) menerima panglima yang baru apabila Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah mengambil alih tugas itu daripada Mejar Jeneral Nubli Hj Hashim semalam.

Menyaksikan majlis pemakaian pangkat dan perbarisan serah terima tugas Panglima 21 Grup Gerak Khas yang diadakah di Padang Kawad Markas 21 GGK, Kem Iskandar di Mersing adalah Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Datuk Seri Mohammad Ab Rahman.

Acara dimulakan dengan Majlis Pemakaian Pangkat dari Brigedier Jeneral ke Mejar Jeneral kepada Brigedier Jeneral Adi Ridzwan bin Abdullah dan diikuti acara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas dan penyerahan Tongkat Kuasa yang telah disaksikan oleh PTD. 

Komando
(kredit Tentera Darat)

 

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih juga diucapkan kepada  Mejar Jeneral Nubli bin Hj Hashim atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang menerajui kepimpinan 21 GGK.

Beliau akan menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia pada 15 November 2023 setelah 42 tahun berkhidmat.

Anggota GGK yang sinonim dengan pemakaian Beret Hijau dengan lambang “Harimau Berjuang” dan Lanyard Biru adalah unit komando ulung di dalam Tentera Darat Malaysia, terlatih untuk melaksanakan pelbagai misi mencabar di depan dan belakang garisan musuh.

Lambang “Harimau Berjuang” diletakkan pada Beret Hijau, melambangkan keberanian dan ketangkasan anggota GGK.

Komando
(kredit BTDM)

 

Anggota GGK juga menggunakan Lanyard berwarna Biru, sebagai tanda penghargaan dari 40th Royal Marines Commando British, yang melatih unit nukleus GGK ketika ia mula ditubuhkan pada tahun 1965.

Anggota dari 40th Royal Marines dan Gerak Khas menggunakan lanyard biru tradisional.

Selain mengadakan latihan dengan unit-unit lain di dalam cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), anggota GGK juga melaksanakan latihan bersama dengan pasukan-pasukan khas negara lain termasuk Green Beret Amerika Syarikat tetapi ia tidak digembar-gemburkan di media tempatan.

Tahun lepas,anggota GGK telah mengadakan latihan bersama dengan Komando Pasukan Khusus Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (KOPASSUS TNI-AD).

Komando
(kredit Tentera Darat)

 

Latihan bersama itu dinamakan Eksesais HARIMAU SATYA 9/22.

Objektif eksesais ini adalah untuk meningkatkan kemahiran memimpin dan merancang pelaksanaan atur gerak operasi sniper dalam kalangan pegawai dan anggota di samping mengukuhkan hubungan profesional ketenteraan di antara Malaysia dengan Indonesia. — DSA

APPPS

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: [email protected]

 

Comments are closed.