Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Mejar Jeneral Nubli Dilantik Panglima Baru Gerup Gerak Khas (GGK)

Anggota GGK yang sinonim dengan pemakaian beret hijau dan lanyard biru adalah unit komando ulung di di dalam Tentera Darat Malaysia dan berkemampuan melaksanakan pelbagai misi mencabar di depan dan belakang garisan musuh. 

0 10,733

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pasukan komando Beret Hijau Tentera Darat Malaysia, Gerup Gerak Khas (GGK) kini mempunyai panglima yang baru selepas Mejar Jeneral Nubli Hj Hashim dilantik sebagai Panglima 21 GGK Ke–15 menggantikan Mejar Jeneral Datuk Jamaluddin Jambi.

Anggota GGK yang sinonim dengan pemakaian beret hijau dan lanyard biru adalah unit komando ulung di di dalam Tentera Darat Malaysia dan berkemampuan melaksanakan pelbagai misi mencabar di depan dan belakang garisan musuh.

Upacara Serah Terima Tugas Panglima 21 GGK membabitkan Jamaluddin Jambi dan Nubli telah disaksikan Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Terdahulu, Panglima Tentera Darat Jeneral telah menyempurnakan upacara pemakaian pangkat Mejar Jeneral kepada Mejar Jeneral Nubli bin Hj Hashim, bertempat di Markas 21 GGK, Kem Iskandar, Mersing.

Jamaluddin bakal menamatkan perkhidmatan pada bulan April 2022, setelah lebih 41 tahun menabur bakti di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

GGK
Panglima 21 GGK Mejar Jeneral Nubli bin Hj Hashim (kredit Tentera Darat)

 

Sepanjang kerjayanya, beliau pernah diberi tanggungjawab untuk menjawat pelbagai jawatan penting di dalam Tentera Darat, bahkan turut berpengalaman memikul tanggungjawab di peringkat antarabangsa seperti Pegawai Pemerhati di United Nations Mission for the Referendum in Western Sahara (MINURSO) pada tahun 1994.

Selain itu beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Komander Malaysian Contingent (MALCON) West 2,  di bawah misi United Nation Interim Force In Lebanon (UNIFIL) pada tahun 2009 dan Ketua Penempatan Tim Pemantau Antrabangsa – Mindanao 9 (TPA – M9) pada tahun 2015.

Dalam ucapannya, Panglima Tentera Darat merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jamaluddin di atas segala sumbangan dan jasa bakti yang beliau curahkan di sepanjang tempoh perkhidmatannya, kepada Tentera Darat amnya dan Gerup Gerak Khas.

ggk

 

 

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...