Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Komando Grup Gerak Khas (GGK) Bakal Perolehi Beberapa “New Toys”

Dalam keadaan geopolitik serantau dan dunia pada ketika ini amat tidak menentu, ia memerlukan anggota GGK kita yang disifatkan sebagai “Tip Of The Spear” bagi Tentera Darat dan ATM untuk berada di dalam keadaan bersedia pada setiap masa.

0 7,174

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kebelakangan ini, kita ketahui bahawa Kementerian Pertahanan sedang berusaha untuk melengkapkan anggota-anggota komando Grup Gerak Khas (GGK) dengan beberapa jenis persenjataan dan kemudahan latihan yang baru bagi menjadikan “crack unit” Tentera Darat dan Angkatan Tentera Malaysia lebih berkemampuan untuk berhadapan dengan segala kemungkinan.

Ia adalah langkah yang bagus dalam usaha Tentera Darat dan ATM memperkukuhkan dan mempersiapkan lagi GGK untuk berdepan dengan apa-apa situasi yang mendatang ini.

Maklumlah keadaan di rantau dan dunia pada ketika ini amat tidak menentu, memerlukan anggota GGK kita yang disifatkan sebagai “Tip Of The Spear” bagi Tentera Darat dan ATM untuk berada di dalam keadaan bersedia pada setiap masa.

Ok baru-baru ini, kita tahu bahawa Grup Gerak Khas sedang di dalam proses mencari senjata Sub-Mesingan (Sub-Machine Gun -SMG) 9mm yang baru bagi anggota-anggotanya untuk digunakan dalam misi-misi Close Quarter Battle (CQB) dan operasi Counter-Terrorist (CT).

Kementerian Pertahanan telah mengiklankan tender untuk mendapatkan 155 laras sub-mesingan yang baru untuk anggota GGK.

ggk
Kredit BTDM

 

Ciri-ciri Sub-Machine Gun yang dikehendaki oleh Kementerian Pertahanan sebagaimana tertera di dalam iklan itu adalah, ia perlu memiliki passive sights, optical sights, laser aiming module, illuminator, suppressor, weapon carrying case dan storage case.

Senjata itu juga perlu berkemampuan menembak dalam keadaan semi-automatic dan full-automatic dengan jarak tembak tidak boleh kurang daripada jarak 100 meter, magazin 30 butir peluru dan rate of fire tidak boleh kurang daripada 850rpm.

Panjang keseluruhan senjata itu tidak boleh lebih 650mm dan berat senjata tanpa magazin tidak boleh lebih 3kg.

Selain sub-mesingan, GGK juga dalam proses untuk menyewa perkhidmatan “Wind Tunnel” untuk digunakan bagi formasi 21 GGK (Grup Gerak Khas).

Iklan sebut harga untuk sewaan “wind tunnel” (military grade wind tunnel) itu telah dipaparkan di dalam laman e-perolehan kerajaan Malaysia pada 1 Sept lepas.

GGK
Military grade wind tunnel

 

Sewaan “wind tunnel” itu adalah untuk kegunaan pasukan 11 RGK (Rejimen Gerak Khas), 21 (Komando) KDO dan 22 (Komando) KDO serta Tim Payujun.

Military Grade Wind Tunnel itu berkemungkinan adalah untuk latihan payung terjun untuk anggota-anggota komando Grup Gerak Khas.

Sementara itu, satu lagi sistem persenjataan yang bakal diperolehi oleh GGK adalah Light Anti-Structure Weapon (LASW).

Tentera Darat akan memperolehi sebanyak 1,500 unit “Light Anti Structure Weapon” untuk digunakan oleh anggota komandonya daripada Grup Gerak Khas (GGK) semasa operasi dan latihan.

Rekebentuk sistem adalah LASW hampir sama seperti M72 LAW, dengan kedua-duanya menggunakan konsep disposable (pakai buang).

LASW
Anggota tentera British dengan senjata “Light Anti Structure Weapon” (LASW) disisinya.

 

Spesifikasi tender bagi sistem itu adalah sebagaimana tertera di bawah:

“There is requirement to equip the Special Service Group units with a Light Anti-Structure Weapon Disposable System to be used by Special Forces personnel during operations and trainings.”

(Terdapat keperluan untuk melengkapkan unit-unit Grup Gerak Khas dengan Light Anti-Structure Weapon Disposable System untuk digunakan oleh anggota pasukan khas semasa operasi dan latihan.)

Awal tahun ini juga, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan mengurniakan bot Rigid Inflatable Boat (RIB) Tornado kepada 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK).

Pengurniaan bot bernilai RM1.2 juta dengan enjin berkapasiti 600 kuasa kuda itu adalah bertujuan untuk membantu 21 GGK dalam melaksanakan penugasan dan tanggungjawab mereka.

Pada tahun lepas, kita juga tahun bahawa terdepat tender untuk melengkapkan GGK dengan empat Rapid Intervention Vehicle (RIV) dan 16 buah Special Operations Vehicle (SOV).

GGK
Kredit BTDM

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...