Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Anadolu” Mulakan Ujian Laut, Bakal Tonjolkan Kuasa Laut Turki

Kapal “Anadolu” yang seberat 27,000 tan itu bakal menonjolkan Turki sebagai kuasa laut yang baru di rantau Mediterranean dan Eropah.

0 11,876

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lepas, kapal Landing Helicopter Dock (LHD) Turki “Anadolu” telah memulakan ujian lautnya sebelum ia ditauliahkan ke dalam perkhidmatan Tentera Laut Turki.

Menurut syarikat pembuatnya, Sedef Shipyard mengatakan usaha-usaha pembinaan kapal terbesar Tentera Laut Turki itu telah siap sepenuhnya dan kini ia mula memasuki ujian lautnya.

Kapal “Anadolu” yang seberat 27,000 tan itu bakal menonjolkan Turki sebagai kuasa laut yang baru di rantau Mediterranean dan Eropah.

Anadolu

Rekabentuk kapal terbaru tentera laut Turki itu adalah sama dengan rekabentuk kapal LHD Tentera Laut Sepanyol, “Juan Carlos.”

Kapal “Anadolu” itu dijangka mula memasuki perkhidmatan tentera laut Turki pada akhir tahun ini.

Kapal ini pada mulanya dijadualkan membawa pesawat-pesawat generasi kelima F-35B, tetapi apabila Turki dikeluarkan daripada program pembangunan pesawat pejuang buatan syarikat Lockheed Martin, maka Turki bakal menempatkan pesawat-pesawat tanpa pemandu di atas kapal itu.

Anadolu

“Anadolu” dijangka membawa 80 buah pesawat tanpa pemandu Bayraktar TB3.

Selain daripada pesawat-pesawat tanpa pemandu, Bayraktar TB3, kapal itu juga akan dilengkapi pada mulanya dengan helikopter penyerang AH-1W sebelum digantikan dengan helikopter buatan tempatan, ATAK-2 yang khusus untuk operasi tentera laut.

Kapal LHD Turki itu juga akan membawa “Zaha” Marine Assault Vehicle (MAV) yang dibangunkan oleh syarikat FNSS.

ZAHA

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Setiap sebuah kenderaan Zaha MAV itu mampu membawa 21 orang anggota tentera.

Pihak tentera laut Turki juga merancang untuk menempatkan pesawat pejuang ringan, “Hurjet” yang sedang dibangunkannya.

Sebagaimana yang kita tahu, pesawat pejuang ringan “Hurjet” ini adalah pesawat yang sama ditawarkan kepada Malaysia bagi projek perolehan Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA). — DSA

 

Comments
Loading...