Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pengeluaran Besar-Besaran KF-21 “Boramae” Bermula 2026

Pada tahun 2028, sejumlah 40 daripada 120 buah pesawat KF-21 yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI) akan mula diserahkan kepada Tentera Udara Korea Selatan bagi menggantikan pesawat miliknya F-4 Phantom serta F-5 yang telah berusia.

4,754

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pesawat pejuang generasi 4.5 buatan tempatan Korea Selatan, KF-21 “Boramae” akan mula dibina secara besar-besaran (mass production) bermula pada tahun 2026 bagi memenuhi keperluan tentera udara negara Asia Timur itu.

Dua tahun selepas itu pada tahun 2028, sejumlah 40 buah pesawat KF-21 yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI) akan diserahkan kepada Tentera Udara Korea Selatan bagi menggantikan pesawat berusia, F-4 Phantom serta F-5.

Prototaip pesawat pejuang KF-21 itu melakukan penerbangan sulungnya pada Julai lepas, suatu kejayaan besar bagi industri pertahanan dan aeroangkasa Korea Selatan yang mula merangka untuk membangunkan pesawat itu seawal tahun 2002 ketika era pemerintahan bekas presidennya Kim Dae-jung.

KF-21

Hanya selepas usaha keras selama 20 tahun, Korea Selatan berjaya menjadi negara terbaru yang membangunkan pesawat pejuang supersonik secara sendiri.

Walaupun telah difikirkan seawal tahun 2002, tetapi projek pembangunan pesawat KF-21 benar-benar dimulakan pada tahun 2014 selepas tujuh penilaian dalaman tentang projek pembangunan pesawat generasi 4.5 itu.

Bagaimana, pada 2015 program itu berhadapan dengan masalah besar apabila Amerika Syarikat enggan bekerjasama dalam pembangunan radar AESA (Active Electronically Scanned Array) dan beberapa komponen penting yang lain untuk pesawat itu.

Industri tempatan berjaya menyelesaikan masalah itu dengan tampil untuk menghasilkan sendiri radar AESA itu, serta komponen kritikal lain termasuk infra-red search and track (IRST), electro optical targeting pod (EO-TGP) dan electronic warfare suite (EW Suite).

KF-21

Korea Selatan hanya muncul sebagai negara ke-12 di dunia yang berjaya menghasilkan radar AESA tanpa sebarang pemindahan teknologi negara luar.

Walaupun telah berjaya melakukan penerbangan sulung pada Julai lepas, pesawat KF-21 perlu melakukan sebanyak 2,220 penerbangan lagi sehingga tahun 2026 sebelum ia boleh dibina secara besar-besaran (mass-production) bagi tentera udaranya sebagai pelanggan pertama.

Sudah pasti, pelanggan-pelanggan yang lain akan menyusul kerana KAI dan kerajaan Korea Selatan juga bercadang mengeksport pesawat KF-21 itu ke negara-negara luar.

Pada tahun depan, sebagai sebahagian daripada ribuan ujian yang perlu dijalaninya sebelum memasuki tahap pengeluaran besar-besaran, pesawat akan menjalani “kesesuaian untuk operasi kombat” (operational suitability for combat).

KF-21
Pesawat KF-21 “Boramae” ketika melakukan ground testing baru-baru ini.

 

“Penilaian akhir dan keseluruhan tentang keberkesanan operasi dan kesesuaian pesawat KF-21 akan dilakukan pada tahun 2026 apabila tahap pertama dalam projek pembangunan KF-21 itu berakhir.”

Program pembangunan pesawat KF-21 ini mempunyai dua tahap selama 13 tahun daripada 2015 hingga 2028.

Tahap pertama menumpukan kepada usaha-usaha membangunkan pesawat itu dan sistem lojistik bersepadu daripada 2015 hingga 2026.

Manakala tahap kedua pula mensasarkan usaha-usaha untuk membangunkan kemampuan pesawat itu dalam melaksanakan misi-misi udara-ke-darat di antara tahun 2026 hingga 2028.

Korea Selatan membelanjakan US$6.7 bilion untuk membangunkan pesawat KF-21.

KF-21
Pesawat KF-21 dengan empat butir peluru berpandu udara-ke-udara ketika melakukan penerbangan sulung baru-baru ini. (YONHAP)

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

Syarikat KAI mensasarkan untuk membina dan menyerahkan sejumlah 120 buah pesawat KF-21 kepada Tentera Udara Korea Selatan menjelang tahun 2032.

Tujuan utama program pembangunan pesawat KF-21 adalah untuk menggantikan pesawat-pesawat pejuang berusia F-4 dan F-5 yang masih digunakan oleh Tentera Udara Korea Selatan walaupun usianya telah mencecah 30 tahun.

Apabila KAI mula membina secara besar-besaran (mass production) pesawat KF-21 untuk Tentera Udara Korea Selatan, adalah dijangkakan kos per-unit pesawat itu juga akan menurun dan ia adalah baik kerana bermakna lebih ramai lagi pelanggan akan berkemampuan untuk memilikinya. — DSA

 

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

Comments are closed.