Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dua Peristiwa Penting Beri Momentum Positif Pada Pembinaan Kapal LCS

Ketua Eksekutif LTAT Datuk Nazim Rahman berkata satu daripada adalah berkenaan komitmen bertulis kerajaan Perancis untuk membantu Kementerian Pertahanan Malaysia dalam menyelesaikan pembinaan kapal-kapal LCS itu yang tertangguh selama 43 bulan.

0 2,379

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Terdapat dua peristiwa dan keputusan penting yang berlaku dalam tempoh dua minggu lalu yang memberikan momentum positif kepada kelancaran projek pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.

Ketua Eksekutif LTAT Datuk Nazim Rahman berkata satu adalah berkenaan komitmen bertulis kerajaan Perancis untuk membantu Kementerian Pertahanan Malaysia dalam menyelesaikan pembinaan kapal-kapal LCS itu yang tertangguh selama 43 bulan.

Surat itu diserahkan oleh wakil kerajaan Perancis kepada Menteri Kanan Pertahanan Hishammudidin Tun Hussein dalam satu pertemuan di Kementerian Pertahanan baru-baru ini.

LCS

“Rundingan semula dengan syarikat-syarikat ini adalah proses yang rumit dan memerlukan penglibatan hubungan antara kerajaan.

“Justeru itu, pernyataan sokongan bahawa kejayaan projek ini menjadi keutamaan Kerajaan Perancis menandakan bahawa kesemua pihak berkepentingan kini berpadu usaha untuk memastikan LCS disiapkan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Perkara kedua katanya, melibatkan keputusan Lembaga Pengarah syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) untuk membatalkan surat anugerah kontrak kepada syarikat Contraves Advance Devices (CAD) dan Contraves Electrodynamics (CED) bernilai RM3.4 bilion.

“Kedua-duanya adalah syarikat ‘orang tengah’ yang kini sedang disiasat atas pelbagai dakwaan rasuah dan perlanggaran undang-undang.

“Keputusan ini akan membolehkan BNS berunding secara terus dengan syarikat-syarikat pengeluar sekali gus mengurangkan kos pembinaan keseluruhan,” tambah Nazim.

LCS
Lakaran grafik kapal LCS TLDM

 

Keputusan projek ini juga kata beliau merupakan komitmen BNS untuk meneruskan projek LCS tanpa diselubungi oleh tindakan-tindakan korporat (corporate actions) yang meragukan seperti sebelum ini.

Naval Group, sebuah syarikat pegangan Kerajaan Perancis adalah syarikat yang mereka-bentuk kapal LCS itu.

Ia juga merupakan payung utama di kalangan 43 syarikat Eropah yang terlibat dalam projek tersebut.

Kontraktor utama kepada projek pembinaan kapal perang termoden dalam armada TLDM itu adalah BNS yang memiliki limbungan kapalnya sendiri di Lumut, berhampiran dengan Pangkalan TLDM Lumut.

BNS dengan Naval Group (dahulu dikenali sebagai DCNS) dipertanggungjawabkan untuk merekabentuk kapal LCS mengikut rekabentuk korvet Gowind 2500 sebagaimana dimiliki oleh Tentera Laut Mesir. 

LCS

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Google Play

Ia bagaimanapun diubahsuai supaya kapal-kapal Gowind kelas-Maharaja Lela TLDM lebih besar dengan beratnya (full load) mencecah 3,100 tan dan dikategorikan sebagai sebuah kapal friget.

Selepas kontrak pembinaan ditandatangani pada Januari 2014, kapal pertama LCS dijangka diserahkan kepada TLDM pada April 2019 dan diikuti dengan lima kapal yang lain. — DSA

 

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

 

 

Comments
Loading...