Keupayaan Sonar Kapal Selam Kelas-Borei Russia “Jauh Lebih Baik” Banding Kapal Selam Amerika
“Kapal-kapal selam strategic nuklear kelas-Borei memiliki sistem sonar yang mampu mengesan ancaman bawah laut 1.5 kali ganda lebih jauh daripada apa yang dimiliki oleh kapal-kapal selam berkuasa nuklear Amerika Syarikat,” menurut pakar kapal selam Russia sebagaimana dipetik oleh agensi berita negara itu, RIA-Novosti.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika ketegangan di antara Moscow dan Washington semakin memuncak, pakar-pakar kapal selam Russia mengumumkan bahawa keupayaan sonar kapal selam berkuasa nuklear kelas-Borei mereka jauh mengatasi kemampuan sonar yang dimiliki oleh kapal selam nuklear Amerika Syarikat.
Pakar-pakar kapal selam Russia menyatakan bahawa keupayaan sonar kapal selam nuklear kelas-Borei mereka akan hampir “dua kali ganda” lebih baik daripada apa yang dimiliki oleh Amerika Syarikat dan mana-mana negara Barat.
“Kapal-kapal selam strategic nuklear kelas-Borei memiliki sistem sonar yang mampu mengesan ancaman bawah laut 1.5 kali ganda lebih jauh daripada apa yang dimiliki oleh kapal-kapal selam berkuasa nuklear Amerika Syarikat,” menurut pakar kapal selam Russia sebagaimana dipetik oleh agensi berita negara itu, RIA-Novosti.
Kemampuan itu menurut mereka, merupakan suatu kelebihan yang nyata oleh kapal-kapal selam nuklear Russia dalam mengesan kapal-kapal selam musuh berbanding pesaing utama mereka iaitu Amerika Syarikat.
“Sistem sonar dimiliki kapal selam kelas-Borei Russia itu dinamakan Irtysh-Amphora-B-055 mengatasi kemampuan sonar yang dimiliki oleh kapal-kapal selam generasi keempat Amerika Syarikat seperti daripada kelas-Ohio dan kelas-Virginia,” menurut pakar kapal selam Russia itu.