Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Ketua Polis Negara Sifatkan Tindakan Pegawainya Lepaskan Suspek Macau Scam Suatu “Pengkhianatan.”

Pihak Polis Diraja Malaysia akan ambik tindakan tegas berhubung "pengkhianatan" itu.

2,731

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menyifatkan tindakan seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang melepaskan suspek yang terlibat dengan sindiket Macau Scam di negeri itu sebagai suatu “pengkhianatan.”

Tindakan “pengkhianatan” itu katanya, dikesan hasil siasatan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Macau Scam

“Kita sedang ambil tindakan drastik kerana ini terang-terangan satu pengkhianatan kepada amanat yang telah saya berikan.”

Ketua Polis Negara itu berkata demikian kepada pemberita di Ipoh, Perak selepas menghadiri majlis pemakaian sayap juruterbang dan penutupan kursus Lesen Juruterbang Persendirian di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara, di sini hari ini. Pegawai polis terlibat itu didakwa oleh media tempatan sebagai berpangkat Inspektor. Abdul Hamid berkata, sebelum ini, amanat sudah disampaikannya kepada pegawai bawahannya agar menghentikan kegiatan sebegitu.

Macau Scam

Ditanya sama ada pegawai terbabit dikenakan tindakan tatatertib, beliau berkata: “Saya tidak lagi cenderung kepada tindakan tatatertib kerana hukumannya tidak setimpal. “

“Paling tinggi pun lucut hak emolumennya tujuh hari. Untuk buang kerja, turun pangkat, itu kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).”

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan ada pegawai polis di Pulau Pinang bertindak melepaskan suspek Macau Scam.

Semalam, Abdul Hamid dilaporkan berkata kes 31 anggota yang sebelum ini dikenal pasti terbabit dalam kegiatan Macau Scam diserahkan kepada SPP.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.