Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kerjasama Maritim Malaysia-Amerika Syarikat Diperkukuh Menerusi CARAT 2024

“Eksesais CARAT 2024 adalah platform latihan ketenteraan bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara. Latihan ini bukan sahaja meningkatkan keupayaan tempur, malah menggalakkan perkongsian keselamatan dan kefahaman operasi dalam persekitaran maritim.” -- kenyataan media sosial Markas Angkatan Bersama (My Joint Force)

763
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bermula pada 29 Okt hingga 5 Nov 2024, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Laut Amerika Syarikat (United States Navy – USN) daripada Fleet ke-Tujuh telah melaksanakan Eksesais CARAT 2024 (Cooperation Afloat Readiness and Training).
Menurut kenyataan media sosial Markas Angkatan Bersama (My Joint Force), Eksesais CARAT 2024 itu berlangsung di sekitar Lumut, Subang, dan perairan Utara Selat Melaka.
“Eksesais CARAT 2024 adalah platform latihan ketenteraan bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara. Latihan ini bukan sahaja meningkatkan keupayaan tempur, malah menggalakkan perkongsian keselamatan dan kefahaman operasi dalam persekitaran maritim.”
“Konsep eksesais ini berlandaskan keselamatan maritim dengan dua fasa utama iaitu Fasa Pelabuhan (29-31 Oktober) melalui Subject Matter Expert Exchange (SMEE) dan Fasa Laut (1-3 November) melalui Field Training Exercise (FTX).”
Eksesais CARAT 2024 itu telah dirasmikan oleh  Asisten Ketua Staf J5 Markas Angkatan Bersama (MK AB) Laksamana Pertama Hj Muhammad Rodhi bin Ariffin di Pusat Peperangan dan Doktrin TLDM, Pangkalan TLDM Lumut.
Carat 2024
Eksesais CARAT 24 juga menyaksikan penglibatan aset-aset ATM seperti KD TERENGGANU, KD RENCONG, dua buah pesawat pejuang  F/A-18D Hornet, sebuah helikopter Fennec, sebuah helikopter EC 725 dan Fast Combat Boat (FCB) manakala aset-aset USN pula seperti terdiri daripada kapal destroyer kelas-Arleigh Burke,  USS DEWEY, sebuah pesawat peronda maritim P-8A Poseidon dan sebuah helikopter MH-60S.(credit FB MyJointForce)
CARAT 2024
(kredit FB MyJointForce)
Seramai 441 peserta ATM dan 380 peserta USN terlibat dalam Eksesais CARAT 24 ini.
Eksesais CARAT 24 juga menyaksikan penglibatan aset-aset ATM seperti KD TERENGGANU, KD RENCONG, dua buah pesawat pejuang  F/A-18D Hornet, sebuah helikopter Fennec, sebuah helikopter EC 725 dan Fast Combat Boat (FCB) manakala aset-aset USN pula seperti terdiri daripada kapal destroyer kelas-Arleigh Burke,  USS DEWEY, sebuah pesawat peronda maritim P-8A Poseidon dan sebuah helikopter MH-60S.
Sementara itu timbalan komodor Destroyer Squadron 7 dan ketua delegasi Amerika Syarikat pada majlis perasmian Eksesais CARAT 2024 Capt John Baggett pula berkata,”Tahun ini menandakan ulangtahun ke-30 Eksesais CARAT yang membuktikan tentang kekuatan dan ketahanan kerjasama di antara Amerika Syarikat dan Malaysia.”
“Di dalam tempoh tiga dekad, kita telah membina asas yang asas kukuh bersandarkan kepada kepercayaan dan kerjasama yang memberikan faedah kepada kedua-dua negara.
Eksesais sebegini menunjukkan kerjasama yang baik di antara kedua-dua angkatan tentera dan menekankan rasa hormat di antara satu sama lain,” kata beliau, sebagaimana dilaporkan oleh portal Tentera Laut Amerika Syarikat.
CARAT 2024
(credit MyJointForce)
CARAT 2024
(credit FB MyJointForce)
Eksesais CARAT 2024 membina atas kerjasama erat selama 67 tahun di antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
Menurut laporan di dalam portal Tentera Laut Amerika Syarikat, Eksesais CARAT 2024 itu membuktikan dedikasi berterusannya terhadap kedamaian, kestabilan dan keselamatan di rantau itu.
Selain itu, latihan ketenteraan itu merupakan simbol komiten Amerika Syarikat terhadap rakan-rakan ASEAN untuk mengukuhkan lagi ASEAN Centrality, menyokong Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka. — DSA

Comments are closed.