[VIDEO] “Panther”, Pembunuh Kereta Kebal T-14 “Armata”
Apa yang menarik pada kereta kebal utama “Panther” adalah meriamnya yang berkaliber 130mm dipanggil “Future Gun System” (FGS), berbanding kereta-kereta kebal utama yang lain di pasaran yang menggunakan meriam berkaliber 105mm, 120mm atau 125mm (terutamanya kereta kebal buatan Russia).
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Beberapa hari lepas pada pameran Eurosatory yang berlangsung di kota Paris, firma pertahanan Jerman, Rheimetall telah mempamerkan buat pertama kali kereta kebal utama “Panther” yang dikatakan adalah pengganti kepada kereta kebal utama “Leopard” yang amat popular di seluruh dunia.
Populariti kereta kebal utama “Leopard” itu memang tidak dapat dinafikan sehinggakan negara-negara jiran kita, Indonesia dan Singapura juga menggunakannya.
Apa yang menarik pada kereta kebal utama “Panther” adalah meriamnya yang berkaliber 130mm dipanggil “Future Gun System” (FGS), berbanding kereta-kereta kebal utama yang lain di pasaran yang menggunakan meriam berkaliber 105mm, 120mm atau 125mm (terutamanya kereta kebal buatan Russia).
Menurut syarikat Rheimetall, meriam dengan peluru yang lebih besar itu akan memberi kesan 50 peratus lebih baik pada jarak yang lebih jauh berbanding meriam-meriam dengan kaliber yang lebih kecil seperti 120mm.
Kereta kebal utama “Panther” dengan jarak operasi 500km itu juga akan dilengkapi dengan beberapa Remote Control Weapon System (RCWS).
Ketua Pegawai Eksekutif Rheimetall Armin Papperger berkata, kemunculan kereta kebal utama “Panther” berlaku ketika peperangan menggunakan senjata-senjata berat (war of heavy weapon) telah kembali ke benua Eropah.
“Kita melihat dalam beberapa bulan kebelakangan ini apa yang akan berlaku dan apa yang telah berlaku dalam konflik di antara Ukraine dan Russia,” katanya mengenai peperangan yang menyaksikan pembabitan kereta kebal dan kemusnahannya di kedua-dua pihak.
Selain meriam dan peluru yang lebih besar, kereta kebal utama itu juga akan dilengkapi dengan beberapa sistem persenjataan yang lain, bagi membolehkannya menangani ancaman dengan lebih berkesan.
Ia akan dilengkapi dengan sistem loitering munitions “Hero 120”, sejenis roket atau pesawat tanpa pemandu yang boleh berlegar-legar di udara dan diprogramkan untuk mengenalpasti sasaran serta memusnahkannya.
Kereta kebal utama terbaru Jerman itu juga akan dilengkapi dengan pod untuk melancarkan dron.
Comments are closed.