Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kenderaan Perisai Turki, “Ejder Yalcin” Bakal Ganti Condor Di Lubnan? Apa Jadi Pada “Tarantula” ?

Tender telah diiklan tidak lama dahulu dan kini sedang menunggu pengumuman mengenai pemenangnya.

0 4,645

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Admin diberitahu bahawa kenderaan berperisai, Ejder Yalcin 4×4 tactical armoured combat vehicle yang dibangunkan oleh syarikat Turki, Nurol Makina berkemungkinan besar adalah kenderaan pilihan untuk menggantikan kenderaan berperisai Condor yang kini digunakan oleh anggota MALBAT kita di Lubnan.

Tender telah diiklan tidak lama dahulu dan kini sedang menunggu pengumuman mengenai pemenangnya.

Kementerian Pertahanan dijangka memperolehi sejumlah 20 buah kenderaan buatan Turki itu bagi kegunaan anggotanya di Lubnan. Mengenai pakej persenjataannya, setakat ini tiada maklumat.

Jika benar bahawa kenderaan berperisai Turki itu bakal menjadi pilihan kementerian untuk digunakan oleh anggotanya di Lubnan itu, maka harapan syarikat pertahanan tempatan iaitu MILDEF International Technologies Sdn Bhd untuk melihat kenderaannya, “Tarantula” dipilih juga bakal berkubur.

Admin difaham bahawa “Tarantula” telah lulus setiap ujian dengan cemerlang ketika diuji oleh Tentera Darat.

Kenderaan kombat “Ejder Yalchin” yang dibangunkan oleh syarikat Nurol Makina.

 

Apa nak buat, nampak gaya macam belum rezeki lagi bagi syarikat MILDEF, yang admin difahamkan telah berbelanja besar untuk menghasilkan kenderaan berperisai yang menjadi kebanggaan negara dan industri pertahanan tempatan.

Kenderaan kombat “Tarantula” itu boleh dianggap sebagai “pembawa obor” (torch bearer) kepada industry pertahanan tempatan yang sanggup berbelanja besar (jutaan ringgit) dan menanggung risiko untuk membina sebuah kenderaan perisai.

Tak pe cuba lagi, cuma admin berharap kegagalan itu tidak mematahkan semangat MILDEF dan syarikat-syarikat pertahanan tempatan yang lain daripada terus mencuba dalam tender-tender Kementerian Pertahanan yang akan datang.

Admin juga difahamkan bahawa syarikat MILDEF turut menawarkan kenderaan kombatnya “Tarantula” dalam tender Kementerian Pertahanan untuk memperolehi 20 buah KPS (Kenderaan Pembawa Senjata).

MILDEF juga menaruh harapan yang tinggi agar ia dipilih oleh Kementerian Pertahanan untuk tender KPS itu.

Tarantula
Kenderaan kombat “Tarantula” yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, MILDEF International Technologies Sdn Bhd.

 

Tender dibuka dalam minggu lepas.

Baru-baru ini, Kementerian Pertahanan telah membuka tender untuk memperolehi 20 buah Kenderaan Pembawa Senjata (KPS) “High Mobility Weapon Platform” di bawah Mobiliti Tentera Darat Fasa III untuk operasi di kawasan penduduk (Operation In Build-Up Area) serta latihan.

Penerangan tender KPS itu adalah seperti berikut:

“There is a requirement for Malaysian Army (MA) to be equipped with high mobility weapon platform for Anti-Tank Missile-Medium Range (ATGM-MR), 40 mm Automatic Grenade Launchers (AGL), 12.7 mm Heavy Machine Gun (HMG) and 7.62 mm Gatling Gun.

“The vehicle shall have good endurance to operate in rough terrain and in built up area. It also shall be able to provide mobility, communication platform and protection for the crews. The vehicle shall be reliable to perform in offensive and defensive operations, Operation in Built Up Area (OBUA) and for training purposes.”

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...