Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Pantau Pergerakan Kapal “Misi Khas” Amerika Syarikat Di Kepulauan Paracel

Kapal terbabit, “USNS Victorious” (T-AGOS-19) dikesan hanya berada 53.2 batu nautika daripada salah sebuah di pulau di Kepulauan Paracel itu.

0 1,315

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak 27 Jun lepas, pihak tentera China telah mengesan kehadiran sebuah kapal pemantau lautan (ocean surveillance ship) milik Tentera Laut Amerika Syarikat tidak jauh daripada Kepulauan Paracel di Laut China Selatan.

Kapal terbabit, “USNS Victorious” (T-AGOS-19) dikesan hanya berada 53.2 batu nautika daripada salah sebuah di pulau di Kepulauan Paracel itu.

Kapal pemantau lautan yang dioperasikan oleh Military Sealift Command (MSC) Special Mission Program, Tentera Laut Amerika Syarikat itu juga berada tidak jauh daripada Pulau Hainan yang menempatkan pangkalan laut utama China.

Pangkalan Laut Yulin di Pulau Hainan diketahui menempatkan armada kapal selam nuklear China.

Pihak tentera China serta milita maritimnya sememangnya sentiasa memantau kehadiran kapal-kapal seperti USNS Victorious kerana kapal ini menjalankan tugas yang amat penting bagi pihak tentera Amerika Syarikat.

Kedudukan kapal USNS Victorious berhampiran Kepulauan Paracel.

 

Pada 2009, China telah mengerah militia maritim-nya untuk menganggu operasi USNS Victorious dalam dua kejadian berasingan yang berlaku di Laut Kuning (Yellow Sea) dan insiden itu hampir menyebabkan pertikaian antarabangsa antara Beijing dan Washington.

USNS Victorious seberat 3,800 tan itu hanya sepanjang 235 kaki dan membawa kira-kira 19 orang kakitangan marin awam dan 10 orang anggota tentera laut Amerika Syarikat.

Namun, kelengkapan yang dibawanya adalah amat penting kerana kapal ini dilengkapi dengan Surveillance Towed Array Sensor System (SURTASS) yang digunakan untuk mengesan pergerakan kapal selam.

“The Surveillance Towed Array Sensor System (SURTASS) is an element of the Integrated Undersea Surveillance System, providing mobile detection, tracking, and reporting of submarine contacts at long range.”

Tugas USNS Victorious adalah amat specialise iaitu mengesan kapal selam-kapal selam China dan jika ia dikesan berada di Kepulauan Paracel, maka kapal pemantau lautan itu berkemungkinan besar sedang mengesan sebarang cubaan kapal selam China yang mahu belayar daripada Pangkalan Laut Yulin ke Lautan Pasifik.

USNS Victorious mahu tahu jika ada kapal selam China yang sedang menuju ke Lautan Pasifik supaya ia dapat “memberitahu” kapal selam-kapal selam Amerika Syarikat yang berdekatan supaya memburu/shadow kapal selam China itu.

Di dalam waktu konflik, kapal-kapal selam China perlu keluar daripada First Island Chain untuk ke kawasan lautan yang lebih dalam di Lautan Pasifik dalam usahanya melancarkan peluru berpandu ballistik ke arah Amerika Syarikat.

Kapal pemantau lautan tentera Amerika Syarikat itu amat penting dalam strategi peperangan kapal selamnya di Indo-Pasifik.

Walaupun begitu, alat yang paling berkesan untuk mengesan kapal selam adalah kapal selam itu sendiri.

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...