Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Malaysia Senarai Pendek JF-17 Thunder, FA-50 Untuk Program Pesawat LCA TUDM

Menurut sumber yang memberitahu portal berita “The Korea Times”,  kedua-dua pesawat itu merupakan pilihan bagi Malaysia.

0 3,678

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Pesawat pejuang ringan FA-50 buatan Korea Selatan dan JF-17 Thunder atau FC-1 Xiaolong buatan Pakistan/China didakwa telah disenarai pendek oleh Malaysia untuk memenuhi keperluan Light Combat Aircraft (LCA) untuk Tentera Udara Diraja Malaysia.

Menurut sumber yang memberitahu portal berita “The Korea Times”,  kedua-dua pesawat itu merupakan pilihan bagi Malaysia.

FA-50
Pesawat FA-50 buatan Korea Aerospace Industries (KAI).

 

“Walaupun telah menarik minat daripada pelbagai pengeluar pesawat, akhirnya FA-50 dan JF-17 Thunder adalah finalis kepada persaingan itu.”

Bagaimanapun sumber juga memberitahu pesawat JF-17 Thunder mengatasi pesawat FA-50 dalam persaingan untuk memenuhi permintaan Malaysia itu kerana ia memiliki kemampuan persenjataan jarak sederhana yang diperlukan oleh TUDM.

Pesawat pejuang generasi keempat JF-17 Thunder itu dibangunkan secara bersama oleh Pakistan Aeronautical Complex (PAC) and Chengdu Aircraft Corporation (CAC) daripada China.

Maximum payload yang boleh dibawa oleh pesawat pejuang JF-17 Thunder ini adalah kira-kira 3,700kg, manakala kelajuan  maksimum pesawat adalah 1,900km/h dengan pesawat boleh terbang sejauh 2,300km tanpa menggunakan in-flight refuelling.

Pesawat pejuang ringan FA-50 adalah varian daripada pesawat T-50 yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI).

Kokpit
Kokpit pesawat pejuang JF-17 Thunder.

 

Sejak mula berkhidmat pada 2013, sebanyak 60 buah pesawat FA-50 telah digunakan oleh Tentera Udara Korea Selatan ketika ini.

Pesawat itu turut dieksport ke Iraq, Filipina dan Thailand.

Sekiranya KAI berjaya memenangi persaingan untuk memenuhi keperluan daripada TUDM, maka ia sedikit sebanyak dapat memenuhi kekecewaan akibat kegagalannya untuk menjual pesawat itu kepada Argentina.

Argentina mahu membeli pesawat FA-50 untuk digunakan oleh tentera udaranya, tetapi penjualan itu tidak dapat diteruskan berikutan sekatan penjualan senjata oleh kerajaan British terhadap negara Amerika Latin itu.

Pesawat FA-50 menggunakan beberapa peralatan buatan syarikat-syarikat pertahanan British.

Buenos Aires yang pernah berperang dengan British akibat berebutkan Pulau Falklands bercadang mendapatkan lapan buah buah pesawat FA-50 daripada KAI.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...