Kehadiran Sebuah Pesawat Pengangkut IL-76 Russia di Tehran Cetus Spekulasi. Apa Dalam Kargonya ??
“Kehadiran” terbaharu pesawat pengangkut IL-76 milik Rusia Tehran telah mencetuskan spekulasi hebat mengenai apa sebenarnya yang mungkin dihantar Moscow kepada rakan sekutunya di Timur Tengah yang baharu sahaja menempuh 12 hari peperangan dengan Israel dan Amerika Syarikat.
Sebuah pesawat pengangkut Ilyushin IL-76 Russia yang dikenalpasti kerapkali digunakan untuk menghantar senjata telah dikesan mendarat di Tehran untuk beberapa ketika sebelum berlepas semula ke Russia, meninggalkan pelbagai persoalan tentang tujuannya berada di Iran.
Menurut penganalisis, sebaik sahaja pesawat pengangkut Russia itu mendarat di ibu negara Iran itu, ia dilaporkan telah memunggahkan kargonya yang tidak diketahui dan berlepas semula ke Moscow.
Kehadiran pesawat pengangkut Russia itu sememangnya terkenal dalam penghantaran senjata dari Russia ke Timur Tengah itu, dikatanya menunjukkan Moscow menyambung semula penghantaran senjatanya ke Iran.
Sebelum ini, penghantaran senjata Russia menggunakan pesawat pengangkut IL-76 ke Iran tertangguh disebabkan peperangan selama 12 hari dengan Israel.
Ilyushin IL-76 adalah pesawat pengangkut strategik Rusia yang terkenal dengan kebolehannya membawa muatan berat merentasi kawasan jarak jauh dalam pelbagai keadaan cuaca dan medan.
Pesawat ini mula direka bentuk pada lewat 1960-an oleh Biro Rekabentuk Ilyushin untuk memenuhi keperluan Tentera Udara Kesatuan Soviet yang ketika itu memerlukan pesawat logistik berkapasiti tinggi bagi menghantar peralatan ketenteraan ke kawasan terpencil di Siberia dan rantau lain.
Pesawat pengangkut IL-76 melakukan penerbangan sulungnya pada tahun 1971 dan kemudiannya memasuki perkhidmatan aktif secara besar-besaran pada era Perang Dingin.
Kelebihan utama pesawat ini terletak pada keupayaannya untuk beroperasi di landasan tidak berturap atau landasan pendek, menjadikannya amat berguna di kawasan terpencil atau zon konflik.
Dengan panjang kira-kira 46.6 meter dan panjang keseluruhan sayap sekitar 50 meter, IL-76 mampu membawa muatan sehingga 50 tan metrik, termasuk kenderaan perisai, jentera berat, atau bantuan kemanusiaan dalam situasi bencana.
Dilengkapkan dengan empat enjin turbofan, Il-76 mampu terbang sejauh lebih 4,000 kilometer dengan muatan maksimum, menjadikannya pilihan utama banyak negara dalam menghantar logistik berat ke kawasan operasi.
“Kehadiran” terbaharu pesawat pengangkut IL-76 milik Rusia Tehran telah mencetuskan spekulasi hebat mengenai apa sebenarnya yang mungkin dihantar Moscow kepada rakan sekutunya di Timur Tengah yang baharu sahaja menempuh 12 hari peperangan dengan Israel dan Amerika Syarikat.
Meskipun tiada sebarang bukti sahih setakat ini untuk mengesahkan dakwaan yang berlegar di media sosial, penganalisis serantau berpendapat antara yang mungkin dibawa oleh pesawat tersebut termasuklah komponen pesawat pejuang, sistem pertahanan udara berteknologi tinggi, atau persenjataan berat bagi memperkukuh daya tahan Iran untuk berdepan dengan ancaman keselamatan yang semakin meruncing.
Pendaratan pesawat-pesawat pengangkut Rusia itu mengulangi pola pendaratan serupa sepanjang 2024, apabila Il-76 Rusia dilaporkan beberapa kali mendarat secara singkat di Lapangan Terbang Mehrabad, Tehran sebelum berlepas semula ke Rusia — setiap kali menimbulkan spekulasi mengenai pemindahan senjata secara sulit yang sehingga kini belum disahkan oleh mana-mana sumber bebas.
