Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

KD Lekir Sertai Pelayaran Berkumpulan Multinasional Di Lautan Pasifik

Kapal-kapal perang negara lain yang terlibat dalam pelayaran bersama di Lautan Pasifik itu adalah RSS Intrepid daripada Tentera Laut Singapura, INS Satpura daripada Tentera Laut India, KRI I Gusti Ngurah Rai daripada Tentera Laut Indonesia dan BRP Antonio Luna daripada Tentera Laut Singapura.

0 1,305

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kapal korvet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Lekir telah terlibat dalam pelayaran berkumpulan dengan beberapa buah kapal lain di panggil “Multinational Group Sail” (MNGS) di Lautan Pasifik pada 16 hingga 18 Jun yang lalu.

Kapal-kapal perang negara lain yang terlibat dalam pelayaran bersama di Lautan Pasifik itu adalah RSS Intrepid daripada Tentera Laut Singapura, INS Satpura daripada Tentera Laut India, KRI I Gusti Ngurah Rai daripada Tentera Laut Indonesia dan BRP Antonio Luna daripada Tentera Laut Filipina.

Kementerian Singapura dalam posting mereka di Facebook hari ini berkata, kesemua kapal perang terbabit turut melaksanakan latihan ketika di dalam transit daripada Guam ke Kepulauan Hawaii.

KD Lekir
Kapal korvet TLDM, KD Lekir semasa Eks Taming Sari di Selat Melaka baru-baru ini. (TLDM)

 

Keempat-empat buah kapal perang terbabit sedang belayar ke Kepulauan Hawaii untuk menyertai latihan maritim terbesar dunia, Rim of the Pacific Exercise (Ex RIMPAC) yang dianjurkan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.

RIMPAC yang diadakan dua tahun sekali akan berlangsung di perairan Hawaii bermula daripada 30 Jun hingga 5 Ogos depan.

Menurut posting Kementerian Pertahanan Singapura itu, ini merupakan penyertaan kali ke-lapan Tentera Laut Singapura dengan latihan ini.

Eksesais RIMPAC merupakan latihan laut terbesar di dunia yang dianjurkan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dan disertai oleh 26 buah negara-negara rakan dan sekutunya.

Dijangkakan sebanyak 41 buah kapal perang daripada negara-negara peserta bakal terlibat dengan eksesais RIMPAC itu termasuk empat buah kapal selam, lebih daripada 170 buah pesawat dan 25,000 anggota tentera daripada 27 buah negara kesemuanya.

Lekir
(kredit Tentera Laut Singapura)

 

Eksesais RIMPAC yang mula diadakan bermula tahun 1977 itu bertujuan untuk mengumpulkan tentera-tentera laut di rantau Pasifik yang beroperasi di kawasan perairan itu.

Antara latihan-latihan yang bakal diadakan semasa eksesais RIMPAC itu termasuklah anti-submarine warfare (ASW), operasi amfibia, latihan bantuan kemanusiaan, tembakan peluru berpandu dan lain-lain bagi memupuk interoperabiliti di antara negara-negara peserta.

Pada edisi RIMPAC 2022, kapal KD Lekir telah diberikan kepercayaan untuk melancarkan peluru berpandu anti-kapal Exocet MM40 Block II pada eksesais itu.

Pegawai Memerintah KD Lekir Komander Mohd Asri Dasman dilaporkan berkata sebelum ini, penembakan peluru berpandu anti-kapal Exocet MM40 Block II oleh KD Lekir pada Eksesais RIMPAC tahun ini merupakan suatu “milestone” yang amat penting kepada TLDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

KD Lekir akan menunjukkan kemampuan TLDM dan ATM dengan melancarkan penembakan peluru berpandu anti-kapal dalam Sinking Exercise (SINKEX) pada RIMPAC 2022 itu.

RIMPAC
Kapal korvet KD Lekir melancarkan peluru berpandu anti-kapal Exocet MM40 di perairan utara Selat Melaka dalam Eksesais Taming Sari yang berlangsung baru-baru ini.(ATM)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

“Ini (penembakan peluru berpandu anti-kapal oleh KD Lekir pada RIMPAC 2022) merupakan milestone yang amat penting untuk TLDM dan ATM memandangkan kita akan menunjukkan capability kita di arena antarabangsa. Ia dilakukan di luar zon maritim Malaysia,” katanya.

Pegawai Memerintah KD Lekir itu juga berkata selain diberikan kepercayaan untuk membuktikan kemampuannya dalam menembak peluru berpandu anti-kapal, kapal korvet TLDM itu juga telah diberikan mandat dan kepercayaan untuk diletakkan dalam Kumpulan Carrier Strike Group (CSG) dengan kapal pengangkut pesawat Amerika serta beberapa buah kapal destroyer daripada Jepun dan Korea Selatan serta Amerika sendiri.

“Ini sebenarnya merupakan satu penghormatan kepada kita (TLDM) kerana tidak banyak negara yang boleh terlibat secara langsung dalam aktiviti Carrier Strike Group seperti ini,” kata beliau.

D Lekir juga akan terlibat dengan “Theatre Anti-Submarine Warfare” dimana kapal korvet TLDM itu akan mengesan dan “engage” kapal selam luar negara, katanya.

Dijangkakan sebanyak 41 buah kapal perang daripada negara-negara peserta bakal terlibat dengan eksesais RIMPAC itu termasuk empat buah kapal selam, lebih daripada 170 buah pesawat dan 25,000 anggota tentera daripada 27 buah negara kesemuanya.  — DSA

Lekir
(kredit Tentera Laut Singapura)

 

Comments
Loading...