Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Radar Electronic Support Measure (RESM) Baru Untuk Skuadron PV Ke-17

Sebagaimana tertera di dalam laman web rasmi e-perolehan, Kementerian Pertahanan telah mengiklankan tender bagi perkhidmatan Multimodal Transport Operator (MTO) bagi penghantaran peralatan Radar Electronic Support Measure (RESM) untuk Skuadron Patrol Vessel (PV) ke-17.

0 3,189

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal-kapal peronda kelas-Kedah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini berpangkalan di Kota Kinabalu dan Kuantan bakal dilengkapi dengan sistem Radar Electronic Support Measure (RESM) yang baru, sebagaimana yang dinyatakan oleh laman web rasmi e-perolehan Kementerian Pertahanan.

Sebagaimana tertera di dalam laman web rasmi e-perolehan, Kementerian Pertahanan telah mengiklankan tender bagi perkhidmatan Multimodal Transport Operator (MTO) bagi penghantaran peralatan RESM untuk Skuadron Patrol Vessel (PV) ke-17.

Skuadron PV ke-17 merujuk kepada kumpuan enam buah kapal-kapal peronda kelas-Kedah yang terdiri daripada KD Kedah, KD Pahang, KD Perak, KD Terengganu, KD Kelantan dan KD Selangor.

Empat daripada kapal peronda itu berpangkalan di Kota Kinabalu manakala dua yang lain di Kuantan.

Tender bagi perkhidmatan MTO bagi penghantaran peralatan RESM itu telah dibuka pada 3 Januari 2023 dan ditutup pada 10 Januari 2023.

Ostex
(kredit TLDM)

 

Notis tender itu tidak menyertakan maklumat lebih lanjut mengenai peralatan RESM itu mahu daripada negara atau syarikat mana ia berasal.

Keenam-enam buah kapal peronda generasi baru kelas-Kedah “Fitted For But Not With”  yang direkabentuk berdasarkan rekaan kapal korvet Meko 100 oleh syarikat Blohm + Voss  mula memasuki perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada tahun-tahun 2006-2009.

Walaupun kapal-kapal peronda kelas-Kedah itu memiliki berat 1,800 tan, tetapi ia hanya dilengkapi dengan meriam 76mm sebagai meriam utama, meriam 30mm dan mesingan 12.7mm.

Pada Ogos tahun lepas, media pertahanan antarabangsa menyatakan bahawa TLDM merancang untuk melengkapkan dua buah kapal peronda kelas-Kedah dengan peluru berpandu “Naval Strike Missile” (NSM) yang dibangunkan oleh firma pertahanan Norway, Kongsberg.

Rancangan melengkapkan dua buah kapal peronda kelas-Kedah dengan peluru berpandu NSM dijangka menelan belanja sebanyak RM214 juta.

TLDM
(kredit TLDM)

 

Rancangan TLDM untuk melengkapkan dua buah kapal peronda kelas-Kedah dicadang dilaksana dibawah “Rolling Plan 4” Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) yang akan dibiayai menerusi Belanjawan Tahun 2024.

Peluru berpandu anti-kapal NSM ini memiliki berat keseluruhan lebih 400kg dengan kelajuan subsonic yang tinggi iaitu diantara 0.7-0.9 Mach dan jarak operasi lebih daripada 185km.

Ia bukan sahaja boleh membedil kapal-kapal perang musuh di lautan tetapi dengan “Autonomous Target Recognition” (ATR), peluru berpandu NSM ini juga boleh memusnahkan sasaran di daratan dengan tepat.

NSM ini adalah peluru berpandu yang pasif, sea-skimming dengan kemampuan maneuver yang tinggi bagi membantunya menewaskan sistem-sistem pertahanan udara musuh.– DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

 

Comments
Loading...