Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Kawbra” UGV, Direka Untuk Menyelinap Seperti Seekor Ular tedung

Dibangunkan oleh STRIDE dengan kerjasama syarikat Dream Edge, “Kawbra” direka sebagai kenderaan taktikal untuk menyelinap ke kawasan berisiko dan berbahaya.

0 3,078

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada pameran DSA 2022 yang berakhir hari ini, Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) telah mempertontonkan ‘Kawbra’, sebuah Kenderaan Darat Tanpa Pemandu Pelbagai Misi (Unmanned Ground Vehicle – UGV). 

“Kawbra” atau “Cobra” merupakan kenderaan yang tidak menggunakan bahan bakar.

Ia seterusnya menjadikan pergerakkan kenderaan itu senyap seperti seekor ular tedung, selain rupa bentuk bentuk hadapannya direka seakan ular berbisa berkenaan.

Kawbra

Dibangunkan dengan kerjasama syarikat Dream Age, “Kawbra” direka sebagai kenderaan taktikal untuk menyelinap ke kawasan berisiko dan berbahaya.

Kenderaan itu juga boleh diatur gerak ke kawasan yang berbahaya dimasuki manusia seperti kawasan pencemaran sisa toksik dan berisiko kepada nyawa manusia dengan hanya menggunakan kawalan jarak jauh.

Kawbra

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

“Kawbra” dilengkapi tiga sensor iaitu sensor halangan yang menggunakan teknologi inframerah untuk mengesan objek yang menghalang laluannya, sensor geomagnetic dan sensor GPS untuk ‘follow me mode’, selain mempunyai empat kamera di bahagian hadapan, sisi kanan dan kiri serta belakang untuk tujuan pemantauan.

Kenderaan ini mampu membawa beban sehingga 200 kilogram dan boleh bergerak sejauh 40 kilometer bagi setiap cas penuh.

 UGV itu dikuasakan dengan bateri pengecasan elektrik.

“Kawbra” mula dibangun pada 2019 dengan kos tidak melebihi RM1 juta. — DSA

Comments
Loading...